(Video) Sayu Melihat Orang Utan ‘Memikul’ Anaknya Mencari Tempat Baru Setelah Habit4tnya Musnah.

(Video) Sayu Melihat Orang Utan ‘Memikul’ Anaknya Mencari Tempat Baru Setelah Habit4tnya Musnah.

Umum mengetahui, aktiviti penerokaan hutan untuk tujuan pembalakan secara tidak terkawal mampu memusnahkan habitat asal jutaan flora dan fauna di sana.

Di Indonesia khususnya, antara wilayah paling kaya dengan hutan ialah Kalimantan di kepulauan Borneo dan salah satu spesies hidupan liar yang mendiami hutan di sana ialah Orang Utan.

Namun agak menyedihkan, sebahagian besar Kalimantan hari ini tidak lagi ‘seindah’ dulu. Kebanyakan hutan hujan tropika yang membekalkan udara segar buat Borneo telah ditarah untuk tujuan tertentu.

Memetik laporan Detik, salah satu lokasi habitat asal Orang Utan yang pernah terancam ialah di Taman Negara Kutai, Kalimantan Timur yang menempatkan ribuan spesies Orang Utan jenis Morio.

Sifir mudahnya, apabila hutan ditarah tanpa kawalan, hidupan liar pasti akan terancam sekaligus kehilangan habitat asal. Akhirnya ia terpaksa keluar dan mencari habitat baharu yang entah bagaimana jaminan biodiversitinya.

Baru-baru ini, netizen ada berkongsi satu sedutan video ringkas yang hiba, memaparkan suasana hening seekor Orang Utan memikul anaknya di satu kawasan hutan yang telah digondolkan. Mari ikuti video ini.

“Perhatikan bagaimana ibu Orang Utan ini membawa pergi anaknya mencari tempat baharu setelah rumah mereka dihancurkan.

“Seperti komodo, gajah, harimau, badak dan lain-lain, nasib Orang Utan tidak menentu. Eksploitasi lombong, sawit, kayu dan pembukaan ‘resort’ melenyapkan ruang hidup mereka,” jelas kapsyen tersebut.

Tidak pasti lokasi spesifiknya di mana, namun berdasarkan kenyataan laman Twitter ini, ianya dipercayai mungkin berlaku di sekitar Indonesia.

Sumber: Twitter Kawan Baik Komodo / Detik News, siakapkeli via kalamindah.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*