(video) Datuk Rosyam Nor Meng@muk Di Showroom Kerana Kereta Tak Sampai, Tapi Akhirnya Staf Pula Kecut Perut

(video) Datuk Rosyam Nor Meng@muk Di Showroom Kerana Kereta Tak Sampai, Tapi Akhirnya Staf Pula Kecut Perut

Datuk Rosyam Nor atau nama sebenar beliau Mohamed Noor bin Shamsuddin merupakan seorang pelakon, pengacara, penerbit dan model lelaki Malaysia.

Semua sedia maklum bahawa beliau sekarang mempunyai satu pasaraya yang agak popular bernama ST ROsyam Mart. Pada yang tidak tahu, Datuk Rosyam Nor juga mempunyai ladang durian belanda yang telah diusahakan oleh beliau sendiri.

“Jangan cepat putus asa… saya juga pernah dua kali gagal dalam bidang pertanian. “Saya akui ia disebabkan ‘kebodohan’ sendiri kerana kurang mencari ilmu dalam bidang ini. Ia tidak semudah disangka,” kata penerbit dan pelakon popular, Datuk Rosyam Nor, 51.

Kini selepas beberapa tahun mengharungi pahit getir, aktor itu bangkit semula dan mengusahakan projek tanaman nangka madu J33 dan durian belanda.

Berkeluasan 70 hektar, ladang yang dinamakan Suhan Movies sempena nama syarikatnya iaitu Suhan Movies & Trading Sdn Bhd itu diharap memberi inspirasi kepada golongan muda menceburi bidang berkenaan.

“Saya bangkit semula dan mendapatkan maklumat serta pandangan daripada mereka yang pakar dalam bidang ini. Selain modal, ilmu pengetahuan sangat penting bagi sesiapa saja yang ingin memulakan perniagaan,” katanya.

Rosyam Nor Meng@mvk Di Kedai Kereta

Satu video telah dimuatnaik di channel Youtube Suhan Movies tentang Datuk Rosyam Nor tidak puas hati apabila kereta baru yang ditempah tidak dapat dikeluarkan.

Sebenarnya semua ini adalah rancangan Rosyam Nor sendiri untuk menghadiahkan sebuah kereta baru Proton X70 untuk pekerja dia.

Kerana usaha gigih pekerja beliau, Datuk Rosyam Nor merasakan ini adalah salah satu cara untuk menghargai usaha mereka dan boleh membuat mereka berkerja lebih keras.

Jom Tonton Video Di Bawah:

 

Rata rata netizen memuji dengan cara Datuk Rosyam Nor menjaga pekerja. Ramai juga yang ingin berkerja dengan Rosyam Nor.

“Terbaikk boss…taniah boss…sye tgok sambil menitis airmata..ya allah…semoga dipermudahkan segala urusan boss dan murah rezeki….ya allah..dpt sye rasakan bile sye berada di tempat kakak tu ya allah…mengalir air mata bile dikatakan REZEKI SENTIASA ADA…DIMANA SEKALIPUN.. YA ALLAH..SEMOGA MURAH REZEKI”

“Saya tumpang menangis, sebak saya.. Ya Allah kau mudahkan urusan Dato dunia dan akhirat. Amin”

“Alhamdulillah, semoga tok syam senantiasa di bawah perlindungan Allah, tok syam mmg best, baik santuni orang, terima kasih tok syam”

Artikel By: AwatttSyeikhh Network

sumber: two.e-kesah via kalamindah.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*