Sempit Nak Kumpul Duit Untuk Kahwin, Amal Surah Al-Insyirah Setiap Hari Selepas Solat

Mungkin ada yang salah dalam hidupmu, ada yang kurang yang belum kamu lakukan, sudahkah selalu membacakan surah yang dapat membantumu melepaskan kesusahan dan akan melancarkan rezekimu? Hanya 7 kali dibaca setiap setelah solat tapi masih kamu tidak mampu melakukannya.

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu; dadamu? Dan Kami telah meringankan daripadamu; bebanmu, Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami telah memasyhurkan sebutanmu. Maka sesungguhnya di setiap masalah pasti disertai jalan keluar, sesungguhnya di setiap masalah disertai jalan keluar, Kemudian apabila engkau bertekad, maka berusahalah, Dan kepada Tuhanmu saja hendaklah kamu menaruh harapan.”

Itulah surah Al-Inshirah atau Surat Alam Nasyrah (سورة الشرح) adalah surat ke-94 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk golongan surat-surat Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Adh-Dhuha. Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang bererti: bukankah Kami telah melapangkan.

 

Kelebihan Surah Al-Insyirah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah 9 kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan dikurnia oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.

Sesiapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.

Sesiapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.

Sesiapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya dikurniakan Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.

Jadi marilah kita bersama amalkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*