Lelaki Terkejut Jumpa Katak Sebesar Bayi Manusia, Penduduk Kampung Kata Katak Ini Lagi Sedap Dari Ayam

Lelaki terkejut jumpa katak sebesar bayi manusia, penduduk kampung kata katak ini lagi sedap dari ayam

Penduduk yang tinggal di kepulauan Solomon dikejutkan dengan kemunculan seekor katak gergasi yang bersaiz sebesar seorang bayi manusia.Katak yang luar biasa besar itu mempunyai berat hampir 1kg dan pertama kali dilaporkan ditemui di tempat berkenaan pada April lepas ketika muncul di kawasan kampung. Sebenarnya sebelum ini, katak itu juga pernah dilihat oleh beberapa orang.

Seorang leleki dikenali sebagai Jimmy Hugo, 35 menemui katak gergasi itu ketika sedang memburu babi liar di pinggiran Honlara. menurut Jimmy yang juga merupakan pemilik kilang kayu, dia terperanjat besar apabila melihat katak tersebut di depan matanya.

VIDEO] "Rasanya Lebih Sedap Dari Ayam"- Katak Sebesar Bayi Manusia  Menggemparkan Netizen — MYKMU.NET

Dia hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya dan mengatakan itu adalah katak terbesar yang pernah ditemui dalam hidupnya. Tambahnya lagi, saiz katak itu hampir sama dengan bayi manusia. Katak yang bersaiz besar tersebut kemudian dikenalpasti sebagai katak jenis Cornufer guppyi frog dan merupakan salah satu katak terbesar di dunia. katak jenis ini pernah dijumpai di New Bismack dan sekarang di kepulauan Solomon.

Jimmy Hugo juga memberitahu penduduk kampung menggelar katak itu sebagai ‘ayam bertukar’  kerana ada segelintir penduduk kampung gemar menjadikan haiwan itu sebagai makanan berbanding ayam dan mendakwa rasanya lagi sedap dari ayam. Tambahnya lagi, katak itu tidak mudah ditangkap.

katak Cornufer Guppyi ini terancam dengan aktiviti manusia seperti pembalakan. selain itu bahan kimia dan bahan pencuci yang dibuang ke sungai juga berbahaya kerana boleh merosakkan kulit katak dan menyebabkan kematian amfibia tersebut.

katak yang terbesar di dunia pada masa sekarang ialah katak Goliath yang beratnya boelah mencecah 3kg dan 36cm panjang serta boleh ditemui di Cameroon, Afrika dan utara Equatorial Guinea.

sumber: All heboh via nangtime.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*