Lepas Wanita Ini Amalkan Ayat 128 & 129 Surah At-Taubah, Rezeki Datang Melimpah Ruah Tanpa Diduga

Surah At Taubah mengandungi 129 ayat dan diturunkan di Madinah. Dinamakan dengan At Taubah (taubat) kerana pada ayat ke 117 ada disebut perihal golongan yang telah bertaubat dari kesalahan mereka yang lalu dan Allah telah menerima taubat mereka.

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah memudahkan urusan dunia dan akhirat.

Jika dibaca pada waktu pagi, InsyaAllah ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, ia boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah SWT. Hanya mereka yang mengamalkan bacaan surah ini sahaja yang tahu tentang ‘khasiat’ dua potong ayat ini.

Berikut perkongsian ringkas dari pengalaman Azlia Ajid:

“Umur saya dah 32 tahun, tapi baru 2,3 hari ni saya tahu hikmah ayat ini. Baru sahaja saya amalkan 7 kali selepas Solat Fardu tanpa fahami maksud pada hari pertama, pelbagai perkara positif berlaku pada saya.”

“Terkejut saya. Rezeki saya melimpah ruah. Aura saya jadi luar biasa. Kekuatan saya dapat juga berbeza. Badan yang sakit lenguh seminggu hilang begitu sahaja. Allahuakbar.”

 

HATI RASA SEBAK

“Setelah saya baca apa maksud ayat tersebut, saya terus sebak. Sebak yang sukar diceritakan. Sayangnya Allah pada saya. Allahuakbar.”

“2 ayat dari Al-Quran ni belum pernah saya jadikan amalan harian selama ini. Dah 32 tahun mencari erti hidup sementara ini, baru saya bertemu ayat ini dengan memahami terjemahannya dan merasai hikmahnya setelah sahabat saya yang juga merupakan jiran saya berkongsi ayat ini pada saya pada jam 9.05 pagi dalam whatsapp pada 21 Mei 2019.”

Surah At-Taubah Ayat 128 dan 129 yang bermaksud:

128. Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin.

129. Jika mereka berpaling (daripada keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy (singgahsana) yang agung.”

Buat sahabat yang terbaca perkongsianini, anggaplah ia rezeki untuk mengetahui kehebatan Ayat Al-Quran ini dan amalkanlah sepenuh hati.

 

Kelebihan2 Lain Surah At Taubah

Ini juga kelebihan-kelebihan lain jika mengamalkan Surah At Taubah. Antaranya:

1. Jika dia seorang yang Lemah, Maka akan menjadi Kuat.
2. Jika dia seorang yang Hina, Maka akan menjadi seorang yang Mulia.
3. Jika dia seorang yang Kalah, Maka akan segera mendapatkan Pertolongan.
4. Jika dia seorang yang Berkesempitan, Maka akan mendapat Kelapangan.
5. Jika dia seorang yang Berhutang, Maka akan segera dapat Membayar.
6. Jika dia seorang yang berada dalam Kesusahan, maka akan Hilang Kesusahannya.
7. Jika dia seorang yang Sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat Kelapangan kehidupan.

Yakinlah yang segala kesulitan akan diangkat, segala bebanan akan hilang, jika berhutang InshaAllah akan keluar dari bebanan dan yang paling agung, pasti akan bertemu kebahagiaan luar biasa nanti. InshaAllah.

Sekiranya kita meletakkan sepenuhnya pengharapan pada Allah, Yakin Bahawa Dialah yang memberikan rezeki dan melepaskan kita dari segala kesulitan hidup , inshaAllah hidup kita kan dipermudahkan, murah rezeki dan diberikan ketenangan..

Allah sayang sangat pada kita sebenarnya. Sangat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*