Ustaz Ebit Lew Kongsikan Doa Jika Ada Barang Hilang Atau Tersalah Letak

Kehilangan barang berharga tentu membuat gusar dan tak senang duduk. Entah hilang kerana lupa atau mungkin hilang kerana dicuri. Mungkin barang itu adalah sesuatu yang sangat berharga seperti dompet, barang kemas, kereta, motor, atau wang. Segala cara dan usaha pasti akan diusahakan untuk menemukan atau mendapatkan barang tersebut.

Sayangnya banyak yang mendapatkan khidmat bomoh untuk mengembalikan barang yang hilang tersebut. Padahal ada Allah tempat kita mengadukan permasalahan kita. Allah Maha Kuasa untuk mengembalikan sesuatu yang hilang.

Jadi untuk mendapatkan kembali barang yang telah hilang/dicuri, anda boleh mengamalkan amalan doa di bawah ini:

  • Anda harus mengetahui barang yang telah dicuri oleh si pencuri.
  • Setelah anda mengetahui barang yang hilang/dicuri, barulah anda membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali.
  • Setelah membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali, maka lanjutkan dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali.
  • Baca Selawat Nabi 7 kali.
  • Bacakan: Ya Allah sebanyak 3 kali.
  • Bacakan Asmaulhusna YA HAFIIDHU sebanyak 119 kali.

Kemudian ucapkan seperti berikut dalam doa:

“Ya Tuhanku, aku mohon supaya dikembalikan barang (Nama barang yang hilang) yang telah dicuri secepat mungkin”.

Setelah anda lakukan mengikuti cara-cara yang diterangkan diatas, InsyaAllah anda akan mendapat kembali barang yang telah hilang/dicuri.

Ada tambahan doa lagi yang boleh anda baca:

اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا

ALLAHUMMA AJIRNI FII MUSIIBATII WAKHLUFNI KHOIRAN MINHA

Ya Allah berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini, dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya..”

Itulah doa yang boleh anda panjatkan untuk mengembalikan barang yang dicuri atau hilang. Usahlah bertanya pada bomoh, kerana disamping dosa, hal itu hanya akan membuat anda semakin rugi. Semoga bermanfaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*