GASTRIK DAN PANTANG LARANGNYA

“Doktor, saya kena gastrik. Dah pergi makan ubat tapi tak, OK”

Selalu sangat pesakit datang semula ke klinik kerana lepas makan ubat gastrik, masih lagi mengadu pedih ulu hati, mual, kembung perut atau tak ada selera makan.

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah keradangan pada mukosa dinding perut, dan ia boleh dirawat dengan efektif jika ubat di ambil dengan betul. Ramai pesakit ambil ubat dengan cara yang salah. Ada juga yang tak jaga pantang larang.

ANTARA PENYEBAB GASTRIK:

  1.  Jangkitan kuman Helicobacter pylori.
  2.  Penyalahgunaan minuman alkohol.
  3.  Merokok
  4.  Stress
  5.  Kurang tidur/rehat
  6.  Jadual makan yang tak teratur
  7.  Obesiti.
  8.  Kerap makan ubat tahan sakit (NSAID)

UBAT DAN RAWATAN GASTRIK:

1. Antasid: Ubat untuk meneutralkan asid perut yang telah dirembeskan. Asid berlebihan dalam perut boleh menyebabkan iritasi pada mukosa yang telah radang, dan menyebabkan pedih. Jika pedih perut, ambil antasid. Ini ubat pelega. Contoh: Magnesium Trisilicate (MMT)

2. Ubat mengurangkan penghasilan asid perut. Ubat jenis ni ada pelbagai klasifikasi, namun matlamatnya satu. Kurangkan penghasilan asid. Ubat jenis ini selalunya dalam bentuk tablet. Ia adalah ubat mengawal atau mencegah simptom gastritis. Contoh: Ranitidine, Omeprazole, Nexium.

3. Ubat mengurangkan perut memulas dan kejang. Iritasi asid pada permukaan perut menyebabkan otot perut alami kontraksi dan kekejangan. Terdapat ubat yang fungsinya untuk merelakskan otot perut maka kuranglah rasa perut memulas. Contoh: Hyosine(buscopan)

4. Ubat menghambat angin. Ubat ini akan memecahkan buih-buih mengandungi udsra yang berkumpul dalam perut. Bila buih ini pecah, maka udsra akan terbebas. Maka, ia akan mengurangkan rasa sebu dan kembung perut. Contoh: Simethicone(Hydrosil)

5. Antibiotik, jika dan hanya jika doktor dah periksa dan sahkan ada jangkitan bakteria helicobacter pylori pada perut anda, maka doktor akan beri antibiotik. Ujian jangkitan bakteria itu dibuat melalui ujian hembusan nafas, atau ujian darah. Contoh: Clarithromycin, Metronidazole.

PANTANG LARANG UBAT GASTRIK

JANGAN makan ubat lain bersama antasid. Jarak masa antara ambil antasid dan pengambilan ubat lain sebaiknya, satu jam atau lebih.

Ubat gasrik boleh diambil sebelum atau selepas makan. Tiada masalah. Seeloknya ubat diambil dalam langkau masa yang tetap (contoh setiap 8 jam).

Selain mengambil ubat, ada beberapa pantang larang lain untuk mengelakkan akan mempercepatkan pemulihan gastritis

TIPS-TIPS LAIN UNTUK KAWAL GASTRIK :

  •  Berhenti merokok
  •  Berhenti minum minuman keras
  •  Elak pengambilan kopi
  •  Elak makanan pedas dan berminyak
  •  Elak ambil NSAID(painkiller) berterusan
  •  Elakkan makan terlalu banyak
  •  Makan jumlah kecil tetapi kerap dan teratur
  •  Tidur/rehat secukupnya
  •  Bersenam dan jaga berat badan

BILA PERLU JUMPA DOKTOR SEMULA?

  1.  Jika dah makan ubat, tapi masih ada simptom. Kena periksa lebih lanjut.
  2.  Sakit perut yang sangat kuat. Khuatir ada ulser/bocor/tersumbat.
  3.  Jika muntah, ada darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan.
  4.  Najis berwarna hitam. Juga tanda pendarahan dari perut. Bahaya!

Jika anda masih rasa sakit gastrik dan ia semakin teruk, lebih baik anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin bagi mengelakkan ia jadi semakin teruk. Jangan pandang rendah dengan penyakit gastrik ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda?Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

Sumber & kredit: Fb Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*