Antara 10 Amalan Di Hari Jumaat Yang Meraih Pahala..InshAllah…

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari Jumaat inilah hari yang terkumpul di dalamnya sekian banyak fadhilat dan kelebihan.Hari Jumaat juga dianggap sebagai hari raya mingguan dalam islam.

Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari berkenaan ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu juga ia dimasukkan dalam syurga, dan pada hari itu juga ia dikeluarkan darinya.

Perlu adil pilih jemaah solat Jumaat - Mufti Melaka

Pastinya hari Jumaat menjadi hari yang cukup istimewa dan ramai yang menantikan kedatangan penghulu segal hari ini.

Antara 10 Amalan Di Hari Jumaat.

1. Mandi sunat hari Jumaat.

2. Berpakaian kemas.

3. Memakai wangian.

4. Datang awal ke masjid.

5. Membaca surah Al-Kahfi. Pling tidak 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir.

6. Banyakkan selawat ke atas Nabi.

7. Banyakkan berdoa hari ini, kerana ada waktu yang mustajab berdoa pada hari Jumaat.

8. Dalam masjid duduk di barisan hadapan dekat dengan imam untuk dengar khutbah.

9. Bersedekahlah hari ini. Tabung masjid atau kepada siapa sahaja.

10. Berkata yang baik-baik sahaja. Elakkan mengumpat dan mencarut. Banyakkan mendengar nasihat dan sampaikan nasihat juga.

InshAllah, Mudah-mudahan memberi manfaat kepada diri kita..

Terima Kasih Kerana Sudah Membaca!

Jangan lupa like, komen dan share..Terima Kasih Banyak!!

 

Kredit : FB Firdaus Mokhtar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*