Anak bimbang emak yang sudh uzur terpaksa mengesot ke bilik air seorang diri ketika tiada di rumah

Anak bimbang emak yang sudh uzur terpaksa mengesot ke bilik air seorang diri ketika tiada di rumah

USIANYA sudah menjangkau 83 tahun, namun Bunga Yassin masih mampu bergerak walaupun dalam keadaan mengengsot untuk melakukan tugas harian termasuk mandi, mengambil wuduk dan memasak.

Bunga terpaksa melakukan semua itu sendirian di rumahnya di Jalan Hutan Kampung di Alor Setar, setiap kali anak bongsunya, Shahrul Nizam Saad, 41, yang masih bujang, keluar bekerja sebagai tukang kebun.

Menurut Shahrul, ibunya tidak mahu orang lain membantu menguruskannya kerana lebih selesa melakukannya sendiri.

ANAK BIMBANG

“Saya bimbang dengan keadaan emak yang sudah uzur dan terpaksa mengengsot ke bilik air seorang diri ketika saya tiada di rumah kerana bekerja sehingga 5 petang.

“Pernah satu ketika, emak sedang memasak tetapi terlupa menutup api dapur, mujur tidak terbakar rumah kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Shahrul berkata, ibunya sebelum ini boleh bergerak seperti biasa sebelum mengalami sakit lutut dan tidak boleh berjalan sejak empat tahun lalu menyebabkan dia terpaksa mengengsot.

PERNAH BUAT PAPAN RODA

“Saya ada membuat papan roda untuk memudahkan emak bergerak, namun dia tidak selesa dan lebih suka mengengsot.

“Saya juga bimbang kalau hujan, rumah kami dimasuki air kerana bumbung bocor dan sehingga kini tidak mampu membaikinya,” katanya yang hanya berpendapatan RM700 sebulan.

Sementara itu, nasib dua beranak itu mendapat perhatian Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Hassanudin Samsudin bersama wakil Mumtaz Event Kak Teh Al Falah, Rohayati Ayob yang menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Sumber: HMETRO ONLINE via mysumbermaya.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*