AmaIkan 7 Konsep Sedekah lni Agar Rezeki KekaI Mencurah

AmaIkan 7 Konsep Sedekah lni Agar Rezeki KekaI Mencurah

Konsep rezeki akan jadi lebih murah dan mudah datang jika kita bersedekah atau ‘memberi’ kepada orang lain. Tidak kisah banyak atau sedikit, apa yang penting adalah keikhlasan.

Tidak susah untuk melakukannya dan paling utama adalah nawaitu untuk memberi sedikit kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan.

Jika bukan dalam bentuk wang tunai, mungkin pertolongan atau barangan keperluan lain. Ingatkan bukan semua yang ada di muka bumi ini adalah hak milik kita. Semuanya kepunyaan Allah SWT.

Sediakan Makanan Kucing,Walaupun tidak mempunyai kucing peliharaan, mungkin akan ada kucing ini singgah di rumah kita. Jadi sediakanlah sebekas makanan dan semangkuk air di luar rumah kita. Ini khusus untuk kucing jalanan yang singgah dan lalu di kawasan rumah kita. Anggap ia adalah rezeki kucing berkenaan.

Asingkan Gaji,Setiap kali mendapat gaji, cuba asingkan sedikit untuk disedekahkan pada mereka yang memerlukan. Tidak perlu susah mencari orang lain, sebaliknya sedekah pada adik beradik yang susah dan memerlukan. Tidak banyak sedikit juga sudah memadai dan penting sedekah.

Duit Kecil,Kalau boleh amalkan sentiasa sediakan wang kecil dalam dompet kerana kadang-kadang kita diduga ada yang memohon bantuan. Atau jika singgah solat di mana-mana masjid boleh berbuat demikian pada tabung disediakan.

Sediakan Kotak Kecil,Letakkan di bilik tidur sebuah kotak kecil. Setiap kali anda berbuat tidak baik atau melakukan d0 sa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap satu bulan, keluarkan duit ini dan sedekahkan duit ini pada yang memerlukan. Insya-Allah.

Majlis Keramaian,Satu lagi amalan lain adalah jika kita mengunjungi majlis keramaian, ada cara tertentu boleh bersedekah. Selain memberi wang, anda juga boleh sedekahkan air mineral pada tetamu yang hadir. Paling afdal untuk buat adalah ketika urusan pengebumian sebab selalunya tuan rumah tidak sediakan makanan dan minuman. Ini memang sangat membantu!

‘Keep The Change’,Tidak rugi juga jika kita amalkan konsep ‘keep the change’ ini. Walaupun bakinya hanya beberapa sen tetapi tak salah sedekah untuk peniaga kecil. Lebih berkat dan memberi kegembiraan pada orang lain. Itu sudah cukup memadai kerana kebahagiaan orang lain sangat bererti padanya.

Beli Al-Quran,Sekiranya anda ada wang lebih digalakkan untuk membeli Al-Quran atau sejadah, boleh sedekahkan di mana-mana masjid atau surau atau pusat tahfiz. Jika mereka membacanya akan ada bahagian anda di situ.

Amal Al-Fatihah,Amalan paling mudah adalah membaca surah Al-Fatihah setiap pagi. Sedekahkan juga kepada kedua ibu bapa yang masih hidup ataupun sudah m4ti. Insya-Allah jika kita amalkan, akan ada balasan baik yang Allah berikan.

Sumber: Kisah Zakat Malaysia via SOYA LEMON VIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*