Atlet 14 tahun ini merupakan anak petani yang dibesarkan di sebuah kawasan perkampungan

Anak Petani, Kenali Quan Hong Chan Penerjun Emas Olimpik Usia 14 Tahun!

Siapa sahaja yang menonton acara akhir terjun papan anjal bagi kategori 10 meter wanita yang berlangsung dengan jayanya di Pusat Akuatik Tokyo semalam pasti masih terpukau dengan atlet dari China. Bayangkan, tiada percikan air langsung seperti ‘ghaib’ dengan begitu sahaja setelah melalukan terjunan!

ANAK PETANI, CEBUR DIRI SUKAN PAPAN ANJAL SEJAK USIA 7 TAHUN
Difahamkan, atlet 14 tahun ini merupakan anak petani yang dibesarkan di sebuah kawasan perkampungan. Malah, ibunya juga sedang sakit dan memerlukan kos perubatan yang tinggi untuk menyembuhkannya. Jadi, faktor kesusahan ini membuatkan dia nekad untuk cekal dan terus bersemangat demi membantu keluarganya yang kesusahan.

Memetik perkongsian portal yqqlm, atlet berusia 14 tahun ini telah menceburi bidang sukan papan anjal sejak usia 7 tahun lagi pada tahun 2014. Dia telah dilatih dengan cukup baik oleh jurulatih Chen Huaming dan Guo Yi ketika bersekolah di sana. Tahun 2014 ketika berusia 7 tahun beliau baru menceburkan diri dalam bidang terjunan dan berlatih bersungguh-sungguh.

Tahun 2018 beliau menyertai tim wilayahnya Guangdong Provincial Team. Walaupun China mempunyai barisan bakat yang hebat dalam acara ini, namun Quan Hongchan dilihat luar biasa, lambat masuk tetapi meningkat dengan cepat.

Pada 4 Oktober Tahun 2020 beliau mengalahkan ramai jagoan lain dalam acara 10m platform wanita di kelayakan Olimpik dan menang kejohanan di Shijiazhuang Station dengan 28 mata mengatasi pencabar terdekatnya. Dari pusingan kelayakan dan separuh akhir memang dah nampak komited fokus dan konsisten dia dan rakan senegaranya.

PEROLEH PINGAT EMAS DAN ‘PERFECT SORE’!

Satu dunia mengecam sebab macam tak adil China hantar budak dengan berat yang ringan namate. Tapi pada saya negara lain pun boleh hantar budak-budak tapi bukan senang nak cari yang berpengalaman. Ini memang ‘well trained’ dan ‘train hard’ ni. Dalam peringkat akhir temasya Olimpik hari ini, beliau konsisten membuat terjunan-terjunan yang hebat sehingga dalam suatu pusingan mendapat perfect score 10 mata dari semua juri.

Kesimpulan kecil, kesusahan mengajar kita erti sebuah kejayaan. Kena berjaya untuk ubah hidup. Mungkin masa dia nak terjun tu dia ingat kat mak dia yang sakit.

P/s Sebar luas kan lagi. Buat pengajaran buat anak-anak kita yang masih kecil dan membesar. Sukan mendidik motivasi, semangat berjuang dan disiplin, Kejayaan mengubah kehidupan.

Bagi pasukan China ni saya tak tahu la, mungkin diorang punya talent umur 13-16 tahun tu ramai. Lepas ni diorang hantar range umur ni je.

Sumber: siraplimau.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*