Pelanggan ‘Cancel’ Beratus Pesanan, ‘Rider’ Foodpanda Sedekah Kepada Orang Lain

Pelanggan ‘Cancel’ Beratus Pesanan, ‘Rider’ Foodpanda Sedekah Kepada Orang Lain

Bersedekah merupakan satu amalan yang mulia. Terutamanya apabila kita bersedekah dengan ikhlas, ia akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga.

Baru-baru ini, tular di laman sosial tentang kisah seorang pelanggan yang membatalkan ‘order’ makanan berharga ratusan ringgit melalui seorang ‘rider’ Foodpanda. ‘Rider’ yang dikenali sebagai Anas Mansor berkenaan meluahkan rasa terkilan apabila pelanggannya memberikan alamat yang salah, sekali gus membuatkan dirinya terpaksa menunggu dan berpanas di bawah cahaya matahari terik.

Namun, apa yang lebih mengecewakan adalah pelanggan berkenaan bertindak tidak menjawab panggilan walaupun Anas sudah banyak kali menghubunginya. Anas yang kebingungan dengan situasi menimpanya itu, akhirnya bercadang untuk melakukan sedekah makanan tersebut kepada orang ramai di kawasan berdekatan. Sambil menunggang motor, Anas mencari kelibat orang sebelum mengagihkan satu per satu makanan kepada mereka. Dari ‘rider’ lain hinggalah penjual jeruk tepi jalan malah, pelajar sekolah juga tidak terkecuali mendapat makanan yang diberi oleh ‘rider’ pemurah tersebut.

Tindakan ‘rider’ itu telah meraih pujian ramai warganet yang membanjiri ruang komen menerusi aplikasi TikTok. Mereka teruja melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Anas, walaupun pada awalnya dia telah dianiaya oleh orang lain.

Semoga dimurahkan rezeki

Seronok dan bahagia bila sedekah kepada orang lain

Alhamdulillah, sikap tidak mementingkan diri dan pemurah Anas wajar dicontohi oleh orang ramai di luar sana. Semoga murah rezeki!

Sumber: TikTok @anasmansor99 via mysumbermaya.com

Dah baca? Jangan lupa like dan share, Terima kasih..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*