Selepas dibakar, tulang abu m4yat wajib dimakan agar r0h tenang & dilindungi. Ritual aneh kem4tian suku kaum Yanomami

Selepas dibakar, tulang abu m4yat wajib dimakan agar r0h tenang & dilindungi. Ritual aneh kem4tian suku kaum Yanomami

PUAK Yanomami merupakan suku kaum orang asli yang mendiami kawasan hutan Amazon antara Venezuela dan Brazil. Terdapat sekitar 200 hingga 250 perkampungan milik suku Yanomami di hutan Amazon.

Rumah-rumah mereka dipanggil Shabono atau Maloca, pondok berbentuk bulat dibina daripada jerami dan kayu. Setiap perkampungan dihuni oleh kira-kira 50 hingga 400 orang, bergantung pada saiz kelompok. Jumlah keseluruhan puak ini dianggarkan sekitar 35,000 orang.

Sumber makanan utama Yanomami ialah pisang, ubi kayu dan ikan. Kehidupan seharian mereka banyak dihabiskan dengan berburu. Mereka menggunakan racun berbeza-beza untuk memburu.

Yanomami merupakan salah satu suku primitif di dunia. Rata-rata mereka memiliki keistimewaan di mana badan mereka kebal dengan racun. Sebagai contoh, seorang lelaki Yanomami boleh menghabiskan daging binatang buruan yang dibunuh menggunakan anak panah beracun. Manakala, pelancong yang pernah melawat suku ini dan cuba melakukan perkara sama telah meninggal dunia setelah manjamah daging itu.

Suku kaum Yanomami, antara kaum primitif yang menghuni hutan Amazon.

Antara perkampungan puak Yanomami di Amazon.

Salah satu keanehan puak Yanomami ialah mereka tidak percaya bahawa kem4tian ialah kejadian semula jadi dalam kehidupan. Lumrahnya, manusia akan m4ti bila tiba masanya. Tetapi, bukan begitu pegangan kepercayaan suku kaum ini.

Bagi mereka, kem4tian bukanlah satu fitrah semula jadi. Sebaliknya, mereka percaya bahawa b0moh dari suku lain telah membangkitkan semangat j4hat ke dalam badan si m4ti untuk menyerang seseorang dari suku mereka.

Sebab itu, untuk menyelesaikan perkara itu, m4yat perlu dihapuskan dengan segera melalui satu amalan aneh, dinamakan sebagai endocannibalism.

Sejak dahulu lagi, suku Yanomami tidak melakukan kaedah pengebumian setiap kali berlaku kem4tian. Apabila ada antara kalangan mereka yang m4ti, m4yat akan dibalut dengan daun dan dibawa ke dalam hutan, jauh dari kawasan perkampungan mereka.

Sampai di sebuah lokasi, badan si m4ti dib4kar hingga tinggal abu dan tulang. Abu dan tulang itu kemudian dikumpulkan lalu dibawa pulang semula ke kampung.

Di kampung, suku Yanomami sudah bersedia dengan persiapan menyambut r!tual kem4tian. Muka dan badan mereka dihitamkan dengan kotoran. Mereka turut menangis sambil menyanyikan lagu-lagu sedih sepanjang upacara berlangsung.

Suku kaum ini tidak percaya pafa fitrah kem4tian.

Pada majlis tersebut, abu dan tulang si mati dimasukkan ke dalam sebuah bekas seperti periuk. Bekas berisi abu dan tulang m4yat ini disimpan dan dijaga dengan baik sehingga tiba upacara kem4tian bahagian kedua. Tempoh masa antara ritual pertama dan kedua agak lama, selalunya mengambil masa berbulan-bulan.

Apabila tiba upacara kem4tian bahagian kedua, bekas menyimpan abu dan tulang si m4ti yang telah tersimpan berbulan-bulan akan dikeluarkan dan diletakkan di tempat khas. Tulang-tulang yang belum hancur akan ditumbuk sehingga lumat.

Setelah siap, abu dan serpihan tulang m4yat tadi akan dicampurkan bersama-sama ke dalam sup pisang yang telah dimasak. Hidangan berupa bubur ini kemudian diagih-agihkan kepada semua orang dalam puak itu untuk dimakan.

Hidangan bubur pisang dicampur tulang abu m4yat akan diberi kepada semua penduduk untuk dimakan.

Orang Yanomami tidak mempunyai garam. Jadi, mereka tidak menambahkan apa-apa perisa ke dalam masakan mereka. Pernah dilaporkan, pengunjung luar memberikan puak Yanomami sedikit garam dan mereka mula memakannya dengan rakus sambil memejamkan mata. Tak tahulah apakah itu tandanya sedap, atau tanda menahan rasa masin.

Walaupun hidangan bubur abu m4yat itu tidak ditambahkan dengan sebarang perisa, mereka mampu menghabiskannya dengan hanya beberapa kali suapan. Dan ini adalah sebahagian daripada syarat r!tual yang perlu dilakukan oleh puak ini.

Dengan cara sedemikian, suku Yonamami percaya bahawa r0h si m4ti dapat dilindungi selepas kem4tiannya. Cara ini juga dapat memastikan supaya segala kenangan si m4ti akan terus kekal abadi bersama mereka.

Jika upacara ini tidak dilaksanakan, mereka percaya bahawa r0h si m4ti akan selamanya terperangkap di antara dunia hidup dan dunia kem4tian, menyebabkan r0h itu tidak akan tenang buat selama-lamanya.

KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH

Shope tengah buat sale sekarang

klik disini — promosi shope terlajak murah

sumber: utusantv.com

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*