Penduduk tolak Avanza masuk sungai selepas langgar orang kampung

Penduduk tolak Avanza masuk sungai selepas langgar orang kampung

TULAR beberapa klip video menyaksikan sekumpulan penduduk menolak sebuah Toyota Avanza ke dalam sungai beramai-ramai selepas melanggar dua warga tempatan di tempat kejadian.

Kejadian dilapor berlaku di sebuah perkampungan di Palembang, Indonesia pada pukul 6.30 pagi semalam yang berpunca daripada pergaduhan antara dua kampung.

Memetik laporan Suara.com, kenderaan pelbagai guna (MPV) itu sengaja digunakan suspek bagi tujuan bergaduh. Berdasarkan maklumat polis, MPV itu dipandu suspek bersama dua rakan telah melanggar penduduk ketika berada di lokasi kejadian.

Kejadian itu berlaku susulan satu pergaduhan yang terjadi pada hari sebelumnya di Jalan Ali Gatmir yang melibatkan kira-kira 100 orang.

Akibat dilanggar Avanza tersebut, dua penduduk di lorong Masawa Darat dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Selepas perlanggaran itu, suspek bersama dua rakannya berjaya melarikan diri, tetapi meninggalkan kenderaan mereka tidak jauh dari lokasi kejadian.

MPV itu ditinggalkan dekat dengan Sungai Bedung, sebelum penduduk yang m4rah bertindak menolaknya ke dalam sungai.

Penduduk sebelum itu bertindak merosakkan MPV itu dengan kayu, batu dan besi sehingga berkecai. MPV itu berjaya ditarik keluar dari sungai pada pukul 7.25 malam semalam menggunakan khidmat trak tunda.

@utusantvofficial

Kejadian awal pagi 13 Mac 2022 di Palembang, Indonesia. #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

sumber: utusantv.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*