Pengawal Keselamatan Direman Bantu Siasatan Penemuan M4yat Wanita Rentung – Polis

Pengawal Keselamatan Direman Bantu Siasatan Penemuan M4yat Wanita Rentung – Polis

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan m4yat wanita rentung di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Izham Jaafar berkata perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 30-an itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.

“Hasil siasatan awal polis mendapati suspek bekerja di sekolah berkenaan sejak dua tahun lepas manakala si m4ti yang berumur 25 tahun, bertugas sejak Februari lepas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan m4yat seorang wanita yang rentung dalam keb4karan di bengkel kemahiran hidup sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, di sini pada Sabtu.

KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH

Shope tengah buat sale sekarang

klik disini — promosi shope terlajak murah

Muhammad Izham berkata lelaki terbabit ditahan pada pukul 6 petang di lokasi kebakaran dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membvnuh.

Sumber: BERNAMA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*