Pegawai Bomba Berusaha Menyelamatkan Seekor Kucing Semasa Kebakaran..

Tindakan seorang pegawai bomba yang berusaha menyelamatkan seekor kucing yang dikeluarkan semasa keb4karan di Miri, Sarawak menjadi perhatian ramai.

Difahamkan, kucing tersebut dipercayai terper4ngkap dan berjaya dikeluarkan oleh pemilik rumah.

Perkongsian klip video daripada laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menunjukkan seorang pegawai bomba dikenali sebagai Mohamad Ain’li Akhbar mencuba sedaya upaya menyelamatkan kucing berkenaan.

Lebih mengh4rukan, pegawai itu dilihat cuba memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) serta bantuan pernafasan melalui mulut.

Bagaimanapun, setelah mencuba selama hampir 30 minit, kucing tersebut tidak dapat diselamatkan kerana terhidu asap yang terlalu tebal.

VIDEOAnggotaBOMBA

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial memuji kesungguhan dan usaha yang telah diambil pegawai tersebut bagi menyelamatkan seekor kucing.

Komen netizen:

Terbaik HERO Negara..

Sumber: perakinsight

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*