Jangan Bersedih Saat Jatuh, Lalui Ia Dengan Kesabaran..

Jangan Sedih Saat Kamu Jatuh – Ketika Seribu Orang Menjauhi, Tuhan Itu Sentiasa Ada Menunggu Doamu.

Hidup ini bagaikan wayang yang terus dirancakkan degan pelakonnya yang bernama manusia. Dalam wayang itu penuh dengan drama sedih dan gembira. Luka dan suka. Jatuh dan bangun. Berakhir dengan kesudahan bahagia atau derita. Hanya ‘sutradara’ itu yang tahu bagaimana plot perjalanan itu sehingga sampai ke kesudahannya.

Sebagai manusia, kita hanya mampu meneruskan kehidupan ini dengan tekad dan keyakinan yang ada. Untung nasib tak siapa yang tahu.

Adat dunia juga saat kita di atas, maka ramai yang akan datang mendekati. Ramai mengaku saudara, ramai mengaku kawan dan semua memuji kita yang terbaik. Sedihnya, saat ini juga kebanyakan kita akan menjadi lalai dengan ‘kesedapan’ dan nikmat yang Tuhan berikan itu.

Kita terasa semua yang kita miliki ini hasil kerja keras kita sendiri sehinggakan kita lupa semua ini hanya pinjaman dan lebih hebat lagi ia hanyalah sebuah ujian yang Tuhan mahu turunkan untuk melihat sejauh mana sikap kita saat senang dan dikelilingi sanjungan orang.

Tidak Kira Orang Politik, Artis, Orang Biasa

Dalam hal ini, tidak kira apa pun latar belakang kita, kita akan tetap berdepan dengan ujian sebegini. Diberi hamparan nikmat kesenangan dan berada di puncak dan tiba-tiba diuji dengan kegagalan dan kejatuhan yang amat berat untuk ditanggung.

Maka, ramai kawan-kawan yang mengaku rapat dan setia tadi lari bergelimpangan. Saudara-mara yang selama ini mengaku sedarah daging juga tenggelam tak timbul-timbul. Tinggallah beberapa kerat yang sudi menjadi telinga mendengar luahan kita dan bahu untuk tumpang menangis. Itu pun pasti selama mana.

Namun, jangan salahkan sesiapa dalam hal ini. Kita tidak punya hak untuk meminta mereka setia kerana siapa yang suka untuk sama-sama susah dalam apa jua situasi yang sulit. Apa pun ceritanya, kekuatan itu harus dibangkitkan daripada diri kita sendiri. Jangan terus longlai dek rasa terkilan daripada mereka yang selama ini kamu percayai da harapkan.

Sudah dikatakan berulang kali, hati manusia itu mudah saja berubahnya. Sedangkan kita punya Allah yang satu yang tidak pernah ‘muak’ atau memulaukan hambaNya selagi kita mahu kembali kepadaNya.

10 Cara Mengatasi Sedih | Republika Online

Bagaimana Melalui Saat Kejatuhan?

  • Mengadulah apa sahaja masalah dan dilema diri kepada Tuhanmu yang satu. Hanya Dia pendegar setia untuk menyambut setiap rintihanmu.
  • Setiap kali bangun pagi, ungkapkan rasa syukur yang kamu masih diberi nafas untuk hari baru. Paksa diri untuk bangun dengan rasa positif.
  • Lihat diri yang baru bangun pagi ke dalam cermin. Katakan di mana dirimu yang sebenar? Apa lagi kekurangan yang ingin kamu rungutkan?
  • Bergaullah dengan orang-orang yang punya fikiran dan aura positif. Jangan salah memilih tempat mengadu.
  • Jangan seret masalah yang ada ke dalam masalah lain. Jangan selesaikan dengan cara yang salah!
  • Bersangka baik dengan setiap kegagalan yang terjadi. Percayalah ada hikmah yang sedang menanti jika ia dilalui dengan baik.
  • Kurangkan rasa malas dan lesu dengan melakukan aktiviti yang sihat. Badan yang sihat akan menjana kepada minda dan pemikiran yang lebih baik.
  • Banyakkan membaca bahan bacaan yang positif dan bersifat motivasi.
  • Kenangkan kejayaan-kejayaan lampau yang boleh memberi rangsangan untuk kamu bangkit semula.
  • Tidak salah untuk bersendirian dan membawa diri tetapi jangan lamalama. Menangis juga perlu tetapi jangan sampai meratap berpanjangan. Ia hanya merugikan masa sahaja.

71 Kata-Kata Sedih Cinta, Kecewa, Patah Hati Yang Menyentuh Hati

Semoga bermanfaat dan menjadi pedoman untuk kita semua..

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada keluarga dan rakan-rakan kita.. Terima Kasih.

Kredit: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*