Kisah Yang Dikatakan ”Pulau B4bi” Di Mersing. Pulau Yang Diberi Nama Oleh Lagenda Nelayan Yang Bertukar Menjadi Duyung..

Kisah ‘PULAU B4BI’ di Mersing. Pulau yang mendapat nama dari legenda nelayan yang bertukar menjadi duyung

Di negara kita, salah satu gugusan pulau yang sering menjadi tumpuan pelancong adalah di daerah Mersing di Johor.

Jika disebut nama Pulau Besar, selalunya ia sinonim dikaitkan dengan pulau di Melaka yang terkenal dengan jolokan pulau keramat dan terdapat pelbagai kisah misteri dan kubur-kubur lama di sana.

Tetapi, pernahkah anda mendengar nama Pulau Besar yang terletak di Johor?

Dari gugusan kepulauan yang terdapat di Mersing, salah satu daripadanya ialah pulau yang disebut sebagai Pulau Besar. Tetapi, orang luar mungkin tidak tahu, pulau ini lebih dikenali dengan nama PULAU B4BI oleh masyarakat setempat.

Ia lebih popular dengan nama Pulau B4bi Besar atau lebih ringkas dipanggil Pulau B4bi sahaja. Bunyinya agak kasar, tetapi ada satu kisah legenda yang mengaitkan bagaimana tercetusnya pulau ini boleh mendapat nama sedemikian.

Diceritakan pada zaman dahulu, ada sepasang suami isteri yang merupakan nelayan tinggal di sini. Si isteri yang sarat mengandung teringin hendak makan rumpai laut. Namun, setelah memakan rumpai itu, si isteri bertukar menjadi seekor ikan duyung.

Disebabkan terlalu marah isterinya bertukar rupa, si suami telah melepaskan kemarahannya dengan memaki hamun pulau tersebut dengan panggilan ‘b4bi’ berulang kali. Maka, melekatlah nama ‘Pulau B4bi’. Daripada kisah inilah pulau ini mendapat nama sedemikian dan nama itu masih kekal digunakan sehingga ke hari ini.

Sahih atau tidak cerita itu tidak dapat dipastikan. Namun, kisah itu memang popular diceritakan mulut ke mulut oleh penduduk sekitar kawasan tersebut.

Walaupun namanya kurang enak untuk disebut, tetapi pulau yang terletak dalam daerah Mersing dan menghadap Laut Cina Selatan ini amat popular dikunjungi pelancong kerana keindahan dan keaslian alam semula jadi.

Kedudukan Pulau B4bi (Pulau Besar) di gugusan kepulauan di Johor yang menjadi tarikan pelancong. Pulau B4bi Besar ini dikelilingi beberapa pulau lain seperti Pulau Sibu, Pulau Rawa, Pulau Tinggi dan Pulau Mensirip. Terdapat beberapa buah perkampungan kecil di pulau ini dan penduduknya mencari rezeki sebagai nelayan.

Terdapat beberapa resort di pulau ini untuk pelancong. Pantainya yang cantik dengan pasir yang putih menjadi tarikan mereka yang suka melakukan aktiviti skuba. Dari bulan April sehingga September, pulau ini selalunya menerima jumlah pelancong yang tinggi kerana musim cuaca ketika itu yang cerah dan bukan musim hujan.

Keindahan pulau ini menggamit kedatangan pelancong.

Pulau Babi Besar ini agak kecil. Lebarnya lebih kurang satu kilometer dengan panjang empat kilometer. Bahagian tengah pulau pula adalah kawasan berbukit dan boleh dilakukan aktiviti mendaki.

Oh ya, dikatakan suatu ketika dahulu terdapat banyak b4bi liar di kawasan pulau ini, tapi kini dikatakan haiwan itu sudah hilang dan sukar ditemui.

Sumber: utusantv.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*