(Video) Membentuk ‘Bulat-bulat’ & Meletup, Begini Rupanya Proses Lava Meletus Dari Dasar Laut

(Video) Membentuk ‘Bulat-bulat’ & Meletup, Begini Rupanya Proses Lava Meletus Dari Dasar Laut

Susulan letusan gunung berapi yang terjadi di Hunga Tonga-Hunga Haʻapai pada 15 Januari lalu, media sosial dibanjiri dengan pelbagai video yang memaparkan detik-detik letusan itu berlaku.

Kejadian letusan ini menjadi tanda tanya kepada orang ramai berkenaan bagaimanakah sesuatu lava panas itu boleh meletus sekiranya ia jatuh ke dasar laut. Jika diteliti dari sudut logik pemikiran air laut yang sejuk dan lava panas bertemu sudah tentu ada prosesnya yang mungkin terjadi.

Merungkai persoalan tersebut, jurukamera-jurukamera daripada UnderH2Oshow ada berkongsikan detik-detik bagaimana lava panas itu boleh meletus dari dasar laut menerusi satu pemerhatian lapangan yang dibuat di sebuah perairan.

Menurut UnderH2Oshow, molten lava (lava cair) dipercayai boleh mencecah suhu melebihi 2,000 darjah Fahrenheit iaitu kira-kira 1,093 darjah celcius.

Pada saat letusan gunung berapi berlaku, lava itu dipercayai akan ‘menghentam’ air laut dan menyebabkan suhu air meningkat sehingga lebih 150 darjah celcius.

Menerusi video itu, dapat dilihat beberapa orang jurukamera yang berenang menghampiri ke kawasan di mana satu letusan gunung berapi pernah berlaku.

Gambar: Youtube

Ketika dihampiri salah satu kawasan tersebut, kelihatan beberapa hidupan laut yang dipercayai masih hidup di sekitarnya. Tetapi tiada sebarang hidupan yang berenang berdekatan kawasan kejadian kecuali pasukan jurukamera itu.

Letusan itu menyebabkan penglihatan mereka di dalam air semakin kabur disebabkan abu-abu daripada letusan itu. Malah sisa-sisa letusan lava itu juga dipercayai jatuh di pelbagai arah dari dasar laut itu.

Menurut UnderH2Oshow, lava panas yang meletus dari bawah air ini dikatakan cepat menyejuk. Hal ini menyebabkan lava tersebut membentuk lava berbentuk bulat dan seolah-olah ‘meletup-letup’ dengan sendirinya.

Bukan itu sahaja, rakaman itu turut memaparkan gas berbuih yang sentiasa keluar daripada dasar laut itu yang menandakan bahawa terdapat jumlah haba yang sangat banyak di bawah permukaan itu yang tertimbus dengan batu-batuan.

Rakaman bagaimana lava panas boleh meletus di dalam air laut telah dirakam kumpulan pengkaji sekitar tahun 2013 lalu. Meskipun ia video lama, tapi sedikit sebanyak dapatlah kita ketahui bagaimana prosesnya, kan?

Jom ikuti rakaman di bawah ini.

lihat VEDIO

Sumber: YT UnderH2Oshow via siakapkeli.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*