(Video) Ais Mencair Semakin Pantas, 32 Saintis Dihantar Untuk Siasat ‘Glasier Ki4mat’ Di Benua Antartika

(Video) Ais Mencair Semakin Pantas, 32 Saintis Dihantar Untuk Siasat ‘Glasier Ki4mat’ Di Benua Antartika

Sekumpulan saintis telah belayar ke kawasan yang paling sukar untuk dikunjungi di dunia bagi mengkaji dengan lebih baik, berapa banyak dan berapa cepat paras laut akan naik akibat pemanasan global yang menyebabkan ais mencair begitu pantas di Antartika.

Seramai 32 orang saintis dihantar untuk menyiasat kawasan utama pencairan glasier di benua tersebut. Menurut laporan New York Post, misi tersebut akan mengambil masa kira-kira lebih dua bulan.

Menggunakan kapal penyelidikan Amerika Syarikat, kajian akan dilakukan di kawasan Glasier Thwaites yang menghadap Laut Amundsen dan berpotensi kehilangan sejumlah besar bongkah ais. Salah satu puncanya ialah kerana air laut semakin panas.

Glasier yang dikatakan sebesar Florida itu digelar sebagai ‘Glasier Ki4mat’ kerana memiliki bilangan bongkah ais yang banyak serta memberi ancaman dahsyat kepada dunia akibat peningkatan paras laut sekiranya semua bongkah tersebut cair sepenuhnya.

Seorang saintis daripada Universiti Oregon, Erin Pettit berkata ia mencair dari bawah kerana air laut semakin panas dan bahagian darat glasier kehilangan tempat cengkaman di mana ia melekat pada dasar laut yang menyebabkan bongkah besar terkeluar ke lautan dan mencair.

lihat VIDEO

Misi yang dijalankan secara bersama antara Amerika Syarikat dan Britain ini menelan belanja sebanyak AS$50 juta (RM210.13 juta).

“Thwaites adalah sebab utama kita tidak mempunyai kepastian berkenaan unjuran kenaikan paras laut pada masa hadapan. Hal ini kerana ia berada dia kawasan yang sangat terpencil dan sukar untuk dicapai,” jelas Anna Wahlin seorang oseanografi dari Universiti Gothenburg di Sweden.

Glasier ini dikatakan ‘meletakkan’ sebanyak 50 bilion tan ais ke dalam air setiap tahun. Tinjaun mendapati glasier ini juga bertanggungjawab untik kira-kira 4 peratus kenaikan paras laut dunia, manakala punca kepada pencairan ais di glasier ini dikatakan semakin teruk.

lihat VIDEO

Sumber: New York Post via siakapkeli.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*