Jangan Sibuk Upgrade Lifestyle Jikalau Hendak Memulakan Bisnes

Jangan sibuk nak upgrade lifestyle

Satu nasihat penting untuk anda yang nak mulakan bisnes, jangan sibuk nak upgrade lifestyle. Huhu. Kita sebenarnya banyak terpengaruh drama bisnes orang kaya yang tayang kat tv petang2 tu. Betul tak? Kereta mesti nak mewah, rumah mesti nak banglow, anak mesti belajar di oversea dan balik aje sibuk nak bercinta dengan setiausaha bos. huhu

Sebenarnya, Tak penting pun untuk ada kereta mewah dan rumah besar bila nak mulakan bisnes ni. Yang penting dalam fasa start up ni dapat cash masuk banyak2. Cara nak bagi masuk cash banyak2 ni, mesti kena ada bussiness model yang tepat.

Saya pernah jumpa multi millionaire pergi meeting bisnes juta2 pakai kain pelikat aje. Huhu. Yang penting bukan pada penampilan, tapi ilmu di dada dan stratergi di kepala. Pepatah sesetengah orang kata biar papa asal bergaya tu sebenarnya tak sesuai untuk orang yang baru nak mulakan bisnes.

Fasa start up ramai usahawan buat silap tak rancang bisnes model yang tepat. Sepatutnya boleh untung sampai 10 kali ganda. Tapi sebab tak rancang, bukannya untung, rugi pun ada. Aduh.

Sebab tu, dari awal, mesti fokus untuk bangunkan bisnes model yang betul. Pastikan produk atau servis anda ada USP yang tepat. Customer segment yang betul. Revenue stream yang pelbagai.

Ini semua dah diringkaskan dalam satu canvas yang dinamakan Bussiness Model Canvas. Sekarang ni, ilmu bisnes di hujung jari aje. Tak tahu apa dia BMC tu, google aje. Bersepah reference. Hihi.. Tapi kalau nak juga saya beritahu, boleh aje. BMC ni ialah salah satu cara paling praktikal untuk faham bisnes model perniagaan kita.

Contohnya Mc Donalds. Ramai orang ingat bussiness model dia adalah jual burger atau makanan segera.. kan? huhu. Sebenarnya, kurang tepat tu.

Perniagaan sebenar Mc Donalds sebenarnya adalah real estate. Dia ambil keuntungan terbesar dari sewa tapak kepada franchise McD seluruh dunia. Dan untung dari sewanya sahaja puluhan juta USD setiap bulan! Fuuh. Amazing kan?

Jadinya, untuk permulaan bisnes, jangan sibuk upgrade lifestyle. Pergi beli kereta mewah atau upgrade handbag..sabar dulu. Tapi pergi cepat upgrade bisnes model. Upgrade circle. Upgrade knowledge. InsyaAllah, bisnes anda akan meroket dan menjadi luar biasa.

Dapat sesuatu? Tekan butang SHARE dan TAG orang yang anda rasa dapat manfaat dari tulisan ini. Jangan lupa

– bila upgrade diri, semua akan ikut upgrade –

Kredit: USTAZ HAKIM AVENGERS

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*