Dimanakah Terletaknya Kebahagiaan Itu.???

Bahagia adalah yang disyukuri, bukan dimiliki

Bahagia itu tidak terletak pada apa yang kita miliki namun ia terletak pada apa yang kita syukuri.

Kehidupan mengamalkan satu konsep timbaI balik, what we give, we get back. Ia melibatkan sumbangan kita kepada diri kita dan individu sekeliling kita.

Dulu, saya pernah terfikir, apakah erti bahagia? Erti gembira? Erti berjaya? Jadi saya pun mula mengejar dunia untuk mencari jawapan persoalan tersebut.

Di saat sesetengah orang masih tak tahu nak buat apa, pada tahun usia 22 saya telah membeli kereta idaman pertama dengan duit sendiri, sambung master degree di saat kawan-kawan lain masih belum selesai Bachelor degree, start buat business training dan placement untung ratus-ratus ribu, majlis sanding di hotel mewah di tengah bandaraya Kuala Lumpur dan terus pindah tinggal di oversea.

Apa je pengalaman yang saya tak alami, I’ve experienced life to the fullest orang kata. Naik helikopter tour Los Angeles, terjun kapal terbang untuk sky diving, bersantai dalam kapal layar, kapal peranginan, memandu kereta lumba, dan macam macam lagi. Muda, Masih muda. Saya mula mengembara ke seluruh pelosok dunia, naik kereta sport buka bumbung di atas jalan raya, spend apa sahaja keinginan mata dan terkadang alpa, di bawa dunia dan mendabik dada.

Betul, ketika kita mencapai apa sahaja impian hati, kita akan gembira dan bahagia. Cuma bahagia dan gembira itu sifatnya sementara.

Saya selalu terfikir, bagaimana caranya untuk mencari kebahagiaan yang kekal? Kejayaan yang kekal? Kegembiraan yang kekal?

Sehinggalah Allah jawab soalan saya melalui pemahaman ilmu.

Izinkan saya berkongsi sedikit pesanan kehidupan kepada semua yang membaca:

Dunia akan beri pada kita sebuah gambaran indah kehidupan manusia lain disekelililng kita, jangan pernah membandingkan mereka dengan kita. Kebahagiaan tidak akan datang dengan membandingkan.

Dunia akan hamparkan laluan kejayaan dan kegagalan untuk kita lalui. Kita harus mempersiapkan diri. Kegagalan akan pasti datang dengan kejayaan. Cuma jangan pernah hilang keyakinan untuk terus mempercayai.

Berbahagialah dengan apa saja yang kita miliki walaupun ia tidak seperti yang mereka miliki. Bersyukurlah atas kurniaan tersebut kerana di situ akan datangnya bahagia yang abadi.

Kebahagiaan dan kejayaan yang kekal tidak dinilai dari segi banyaknya harta, pengalaman atau pun duit ringgit, tetapi ia dinilai dari aspek ketenangan hati yang mensyukuri nikmat Ilahi.

Tidak perlu merasa susah, merana dan mengeluh kerana setiap keluhan akan mengeluarkan aura negatif dan akan diserap semula oleh diri kita.

Nikmati setiap langkah, setiap nafas dengan kesyukuran. Penuhi dunia dengan kebaikkan InsyAllah, kebaikkan itu akan datang semua kepada kita.

“Terapi Minda Positifkan Diri Anda”

Kredit: DR HAJAH AZURAIDA SHAHADAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*