Antara Amalan Doa Untuk Memohon Rezeki Yang Tak Disangka-Sangka.

Doa Memohon Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka.

 

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Robbi inni lima anzalta ilayya min khairin fakir

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kpd sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”. (Surah Al Qasas, Ayat 24)

Doa Di atas adalah doa Nabi Musa a.s berhajatkan kepada Allah s.w.t dalam memohon sesuatu. Doa ini juga sangat baik untuk diamalkan bagi memohon rezeki yang tidak disangka-sangka.

Memohon kebaikan, jodoh, dipermudahkan urusan pekerjaan juga telah terkandung dalam doa ini

Segala sesuatu yang berlaku adalah atas kehendak Allah s.w.t dan kasih sayang-Nya kepada hamba dan makhluk-Nya.

Sumber: MyWilayah.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*