(Video) Brazil- Detik Cemas Runtuhan Bongkah Batu ‘Gergasi’ Hempas Bot Bawa Orang Awam, 7 Dilaporkan M4ut

(Video) Detik Cemas Runtuhan Bongkah Batu ‘Gergasi’ Hempas Bot Bawa Orang Awam, 7 Dilaporkan M4ut

BRAZIL – Sekurang-kurangnya tujuh orang m4ut, sembilan cedera parah dan tiga orang masih hilang apabila dinding batu runtuh di atas bot bermotor di bawah air terjun di tenggara Brazil, kata jabatan bomba, semalam.

Sebuah menara batu tiba-tiba pecah dari dinding ngarai dan terhempas ke atas beberapa bot santai hingga menyebabkan ombak besar ke atas tasik di Capitolio, di negeri Minas Gerais.

Pasukan penyelamat dan anggota Tentera Laut Brazil bergegas ke Tasik Furnas di negeri Minas Gerais, ketika pelancong yang panik melihat serpihan bongkah batu pecah dari cenuram dan menimpa tiga bot pelancong.

“Angka rasmi terkini yang m4ut ialah tujuh orang dan tiga lagi hilang,” kata jurucakap bomba Minas Gerais, Pedro Aihara.

Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan detik cemas pelancong menjerit apabila tiang batu itu terhempas ke dalam air dan menghempas bot. Hujan lebat selama dua minggu mungkin antara faktor runtuhan itu berlaku.

Mangsa yang cedera dalam kemalangan itu mengalami patah tulang dan seorang mengalami kecederaan parah di kepala dan muka. Kira-kira 23 yang lain dirawat kerana cedera ringan, katanya.

lihat VIDEO

Sumber: siakapkeli.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*