Mandi Sungai Berakhir Tragedi, 4 M4ut Dan 20 Cedera Diserang Ikan Piranha

Mandi Sungai Berakhir Tragedi, 4 M4ut Dan 20 Cedera Diserang Ikan Piranha

Empat orang telah ditemui m4ut manakala 20 yang lain cedera selepas diserang ikan piranha dalam beberapa kejadian yang mengejutkan seluruh Amerika Selatan di Sungai Paraguay.

Kem4tian pertama menjelang tahun baru berlaku pada hari Ahad yang lalu melibatkan seorang lelaki berusia 22 tahun yang hilang ketika sedang mandi di sungai tersebut.

M4yat mangsa ditemui lebih kurang 45 minit kemudian dengan beberapa bahagaian badannya didapati telah hilang dan dimakan oleh ikan piranha.

Serangan kedua pula berlaku kepada lelaki berusia 49 tahun yang dilaporkan hilang di sungai tersebut selama satu jam sebelum ditemui dalam keadaan wajah yang dipenuhi kesan gigitan.

Dua individu lain pula dilaporkan terbu.nuh dengan kesan gigitan pada badan di Sungai Tebicuary, Villa Florida di Misiones.

Ahli biologi Argentina, Julio Caply mendedahkan bahawa walaupun terdapat lapan spesies piranha di negara itu, serangan ikan piranha biasanya dilakukan oleh dua spesies iaitu serrasalmus marginatus dan serrasalmus maculatus.

Menurut beliau, ikan pembu.nuh yang kebanyakannya terdapat di sungai Parana dan Paraguay cenderung untuk bersembunyi di bawah tumbuhan terapung sebelum keluar secara tiba-tiba untuk menyerang mangsa.

Orang ramai kini telah diberi amaran untuk mengelakkan daripada mandi sungai semasa musim panas iaitu ketika waktu ikan ini membiak.

Sumber: Daily Mail via siakapkeli.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*