“Suka tengok dorang happy” – [VIDEO] Lelaki Letak Akuarium Di Luar Rumah, Bagi Orang Tengok Ikan ‘Free’

“Suka tengok dorang happy” – [VIDEO] Lelaki Letak Akuarium Di Luar Rumah, Bagi Orang Tengok Ikan ‘Free’

Bila cuti sekolah, tempat-tempat popular macam Zoo Negara atau aquariaKLCC mesti penuh dengan orang yang bawa anak-anak dorang kan?

Tapi, tak semua ibu bapa mampu nak bawa anak-anak ke sana. Yelah, harga tiket je dah berapa pula kalau satu keluarga pergi, cecah ratus jugak…

Disebabkan ini, seorang lelaki dari Sungai Petani telah membuat keputusan untuk kongsikan kegembiraan pada orang lain dengan meletakkan akuarium bersaiz gergasi di luar rumahnya dan dipenuhi dengan pelbagai jenis ikan eksotik.

Lelaki ini telah kongsikan videonya di TikTok menunjukkan seorang bapa dan anak sedang melihat akuarium yang dia pamerkan di luar rumah.

Tak semua orang mampu nak g tengok ikan kat aquaria ataupon tmpt lain, tank saya memang kt luar rumah sebab suka tgk deorang happy and excited.”

lihat VIDEO

Selain itu, lelaki ini turut tunjukkan jenis-jenis ikan peliharaannya. Memang menarik tau! Ikan pari pun ada tau. Jangan memain…

“Bahagia tengok kebaikan kau bang”

Rata-rata netizen yang melihat video ini turut memuji sifat pemurah lelaki ini yang tak lokek kongsikan ikan-ikan belaannya secara percuma kepada orang ramai dan turut mendoakan agar lelaki ini murah rezeki.

Moga abang ni murah rezeki. Ikan tu pulak bukan beshe beshe.

sumber: lobakmerah.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*