Jom Semak Keutamaan Menahan Marah

Keutamaan Menahan Marah

Dari Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergusti, tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika ia marah.” (HR Imam Bukhari)

1. Mukmin yang kuat lebih disukai ALLAH daripada mukmin yang lemah.

2. Kekuatan seseorang bukan terletak pada fizikalnya.

3. Orang yang kuat adalah yang berjaya mengawal nafsu menahan marah.

4. Orang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikiran, hilang pertimbangan, lidahnya akan memaki hamun dan anggotanya mungkin bertindak diluar kawalan.

5. Kekuatan mukmin bukan terletak kepada kemenangan semasa berkelahi tetapi kemampuan menguasai emosi di saat ia sedang marah.

6. Latihlah diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut dan pemaaf. Kawal dan kuasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah.

Ayuh menjadi RAHMAH mengekang hawa nafsu dan mengawal emosi diri ketika berlaku perselisihan agar tidak cepat marah dan jika marah, ia cepat reda.

Semoga bermanfaat dan menjadi iktibar kepada kita semua..

Kredit: @DakwahSentapOfficial

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*