SUBAHANALLAH!! Pemergian Yang Di Cemburui, Meningg4l Ketika Sujud Sholat Sunat Fardhu Zohor

Subhanallah!! Pemergian Yang Amat Di Cemburui – Meninggal Ketika Sujud Solat Sunat Fardu Zuhor

Jemaah surau sedang melihat keadaan jasad Ruslan yang masih bersujud ketika meningg4l.

Pengguna media sosial digemparkan dengan kisah seorang ahli jawatankuasa yang juga siak Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi yang meningg4l dunia dalam keadaan bersujud di surau berkenaan.

Difahamkan, beliau yang dikenali sebagai Ruslan ditemui sudah tidak bernyawa oleh jemaah lain surau berkenaan sewaktu sujud solat sunat selepas fardu Zuhur.

Berita kem4tian beliau yang dianggap istimewa itu tersebar luas di laman sosial yang turut memaparkan gambar jasad arwah yang sedang bersujud dikelilingi jemaah surau yang menyedari kem4tiannya.

Umumnya, umat Islam menganggap kem4tian dalam keadaan bersujud adalah satu kelebihan yang diberikan ALLAH SWT kepada hamba-Nya yang beriman, tambahan pula ia berlaku dalam bulan Ramadan yang penuh keampunan.

M4ti Mulia Dalam Sujud, Jemaah surau membaringkan jenaz4h Ruslan sementara menunggu kakitangan Hospital Serdang tiba.

“Ada jemaah terdengar suara arwah seakan-akan sebak dan dia menarik nafas panjang ketika hendak sujud sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.”

Demikian kata Pengerusi dan juga imam Surau Al-Mujahidin, Bandar Baru Bangi, Mohamad Sukor Atan, 52, ketika menceritakan kem4tian siak surau itu, Ruslan Ishak, 61, dalam keadaan bersujud ketika menunaikan solat sunat selepas fardu Zuhur.

Mohamad Sukor berkata, Allahyarham Ruslan amat disenangi kariah surau dan penduduk setempat kerana sikapnya yang mudah mesra selain gaya penampilan yang sentiasa kemas.

Secara zahirnya arwah pergi menghadap Allah SWT dalam keadaan yang cukup sempurna iaitu berpuasa pada bulan Ramadan dan paling bermakna dalam keadaan bersujud ketika solat di surau.

Wallahu’alam.. Semoga kita dapat mengakhiri hidup kita dalam keadaan ”khusnul khotimah”

Sumber: coretannasihat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*