Dikatakan Berasal Dari Susur Galur Nabi Muhammad SAW, Ulama Sufi Terkenal Maghribi Sheikh Sidi Hamza Al-Qadiri Dijemput Ilahi Pada Usia 95 Tahun

Ulama Sufi Terkenal Maghribi Sheikh Sidi Hamza Al-Qadiri Yang Dikatakan Berasal Dari Susur Galur Nabi Muhammad SAW Dijemput Ilahi Pada Usia 95 Tahun

RABAT: Ulama sufi terkenal Maghribi, Sheikh Sidi Hamza al-Qadiri al-Boutchichi, yang dikatakan berasal dari susur galur Nabi Muhammad SAW, meningg4l dvnia pada usia 95 tahun.

Media tempatan melaporkan, beliau meningg4l dunia di bandar barat laut Qujda dan akan disemadikan di bandar berhampiran Madagh, iaitu tempat kelahirannya.

Al-Boutchichi yang memiliki ramai pengikut tempatan dan luar negara, menjadi pemimpin Sufi, Qadiriya Boutchichiya sejak tahun 1972. Dianggap sebagai ‘tuan’ oleh pengikutnya dan terkenal dengan kebijaksanaan dan kebaikan, beliau dipercayai berketurunan Nabi Muhammad serta berasal daripada susur galur panjang pemimpin Sufi.

Sebelum meningg4l dvnia, beliau melantik anak lelaki sulungnya, Sidi Jamal, menggantikan tempatnya. Dengan ratusan juta pengikut di seluruh dunia,

mazhab sufi berakar umbi dalam budaya Maghribi serta seluruh Afrika Barat selain aktif di Turki, Asia Barat dan Asia Tengah. – AFP

Sumber: bulletinmedia via portalislamik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*