“Berpeluh Sejuk,” Ketahui 8 Simptom Serangan Jantung Yang Lazim Dihidapi

“Berpeluh Sejuk,” Ketahui 8 Simptom Serangan Jantung Yang Lazim Dihidapi

Sakit jantung adalah satu terma yang merangkumi pelbagai masalah jantung. Bukan sahaja merujuk kepada masalah pada organ jantung, tetapi juga masalah pada pembuluh-pembuluh darah.

Hal ini kerana kedua-duanya saling berkait dan memberikan kesan kepada satu sama lain sekiranya sebarang masalah berlaku. Oleh kerana sistem kardiovaskular menghubungkan jantung dengan kesemua organ di dalam tubuh, masalah jantung juga boleh memberi kesan kepada organ-organ lain seperti otak, ginjal dan hati.

Serangan jantung boleh menyerang mangsanya tanpa mengira masa. Penghidap juga berisiko menghadapi serangan jantung semasa memandu. Namun, apakah kebarangkalian anda untuk mendapat serangan jantung semasa sedang memandu? Ikuti perkongsian oleh HelloDoktor ini.

Simptom serangan jantung mungkin berbeza mengikut individu

Serangan jantung dan sakit dada kiri berlaku apabila aliran darah ke jantung terhalang.

Keadaan ini boleh terjadi akibat pengumpulan lemak, kolesterol dan bahan lain yang membentuk plak pada dinding arteri jantung.

Jika plak tersebut pecah dan membentuk darah beku, ia boleh tersekat pada saluran arteri kecil menyebabkan otot jantung kekurangan darah dan m4ti dalam proses tersebut.

Pelbagai simptom s4kit dada kiri boleh dialami oleh mereka yang menghidap s4kit jantung.

Antara yang lazim adalah:

  • Sakit dada kiri
  • Sakit lengan kiri yang menjalar ke leher, dagu atau belakang badan
  • Loya
  • Pedih ulu hati atau sakit abdomen
  • Sesak nafas
  • Berpeluh sejuk
  • Kelesuan
  • Pening kepala

Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu, bukan semua yang mendapat serangan jantung akan mengalami simptom yang sama.

Sebagai contoh, tahap keterukan s4kit dada boleh mengelirukan pes4kit. Ada yang mengalami s4kit teruk dan ada yang mengalami s4kit yang ringan.

Dalam situasi tersebut, mereka yang mengalami s4kit ringan kebiasaannya beranggapan ia merupakan simptom masalah lain.

Padahal apa yang dialami oleh mereka adalah serangan jantung dan perkara ini boleh menjadi teruk sekiranya mereka tidak mendapatkan rawatan dengan kadar segera.

Bagi pes4kit diabetes tidak terkawal pula, simptom sakit dada kiri mungkin tiada. Namun, mereka boleh mengalami simptom lain seperti yang tersenarai.

Sakit jantung ketika memandu, apa langkah seterusnya?

Gambar hiasan via HelloDoktor

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pemandu atau penumpang jika berlaku serangan jantung:

  1. Jika anda sedang memandu dan mengalami simptom serangan jantung, lepaskan pedal minyak secara perlahan-lahan dan cari kawasan yang selamat di bahu jalan atau kawasan rehat untuk memarkir kereta secepat mungkin.
  2. Kalau ada penumpang bersama anda, minta bantuan mereka untuk membelok kereta ke arah yang selamat.
  3. Bawa bertenang. Tidak kiralah sama ada penumpang atau pemandu yang mendapat serangan jantung, panik hanya mencetuskan huru-hara.
  4. Pastikan anda membawa mangsa ke hospital secepat mungkin. Elakkan daripada membawa mereka ke klinik kecil, memandangkan ia tidak mempunyai kelengkapan untuk merawat serangan jantung.
  5. Jika jarak di antara hospital dan anda terlalu jauh, hubungi perkhidmatan kecemasan dan maklumkan kedudukan anda.
  6. Kalau pesakit mempunyai ubat kemam (nitroglycerin) atau aspirin, bantu pesakit untuk mengambil ubat tersebut.
  7. Jika degupan jantung pesakit terhenti, lakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) untuk mengekalkan fungsi otak, mengembalikan aliran darah dan pernafasan.
  8. Jika anda berhampiran dengan pusat membeli-belah, cari mesin defribilator automatik. Mesin ini boleh membaca ritma jantung dan menghantar kejutan elektrik mengikut keperluan semasa.

Adakah saya masih boleh memandu kereta jika alami masalah jantung?


Gambar hiasan via HelloDoktor

Secara amnya, jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan yang boleh menyebabkan anda hilang kawalan stereng kereta, anda tidak disarankan memandu.

Terdapat beberapa perkara yang kebiasaannya menjadi faktor bagi menentukan keupayaan seseorang itu untuk memandu:

  • Jika keadaan kesihatan anda boleh menyebabkan anda pengsan semasa memandu seperti epilepsi, aritmia dan hilang kesedaran
  • Jika keadaan kesihatan boleh mempengaruhi keupayaan anda untuk memandu dengan selamat seperti kecacatan tubuh, rabun warna, cacat penglihatan, masalah mental dan kebergantungan terhadap dadah dan alkohol

Jika anda mengalami masalah kesihatan yang berkaitan, anda akan diperiksa oleh doktor bagi mengenal pasti keupayaan anda untuk memandu.

Dalam kes tertentu, anda mungkin ditegah daripada memandu memandangkan keadaan kesihatan anda serius.

Namun, sepantas mana anda boleh kembali memandu bergantung kepada:

  • Jika anda masih mengalami sebarang simptom sakit dada kiri
  • Jenis rawatan yang pernah anda terima
  • Berapa cepat anda sembuh

Jika anda baru lepas menjalani sebarang pembedahan atau prosedur kesihatan, rujuk kepada doktor jika anda boleh memandu.

Kebanyakan prosedur, terutamanya yang membenarkan pesakit balik pada hari yang sama tidak menyarankan anda memandu.

Jika berlaku sedemikian, pastikan anda membawa teman untuk memandu selepas semuanya selesai.

Konklusi

Serangan jantung hingga menyebabkan sakit dada kiri ketika memandu boleh mendatangkan kesan buruk bukan sahaja kepada pemandu, malah penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Sekiranya anda mempunyai masalah jantung atau kesihatan kronik lain sehingga menjejaskan keupayaan anda untuk memandu dengan selamat, rujuk kepada doktor yang bertauliah.

Sumber: HelloDoktor via siakapkeli.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*