Tiada Istilah Anak Pandai Atau Tidak, Kita Kena Usaha Jadikannya Berjaya

Tiada istilah anak pandai atau tidak, kita kena usaha jadikannya berjaya

Bagi seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang masih belajar di sekolah, tempoh menunggu untuk mendapat keputusan peperiksaan adalah saat paling mendebarkan.

Tambahan pula, silibus pelajaran yang semakin mencabar tidak sama macam dulu.

Melalui perkongsian di Instagram, pelakon Noorkhiriah telah memuat naik satu video keputusan peperiksaan yang diperoleh anaknya.

Melalui video itu Noorkhiriah terkejut dengan keputusan cemerlang yang diraih anaknya dan menjadi tanda tanya bila anak-anaknya membaca buku.

Walaubagaimanapun dia bersyukur dikurniakan anak yang pandai atas izin Allah.

“Alhamdulillah..Allah berhak nak bagi pandai..Allah juga berhak untuk bagi tidak pandai..kita sebagai hamba sentiasa usaha, buat yang terbaik, dan hasilnya juga mesti baik,” katanya.

Dalam pada itu, Noorkhiriah juga mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar di Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin di atas mengajar dan mendidik anak-anaknya menjadi pelajar cemerlang.

Perkongsian Norkhiriah itu juga turut mendapat ucapan tahniah dari peminatnya serta mendoakan kecemerlangan pada masa akan datang.

Noorkhiriah yang sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Hudhaifah ,10, dan Muhammad Yusoff, 8 turut mempunyai seorang anak angkat perempuan diberi nama Nur yang kini genap setahun.

Tiada Istilah Anak Pandai Atau Tak Pandai. Kita Kena Usaha Jadikannya  Berjaya

Semoga kita diberikan kekuatan dalam mentarbiyyah anak-anak

Kredit: mysumbermaya.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*