“Sudah Lama Saya Nak Solat. Saya Cemburu Dengan Orang Islam,” Mak Ny4h ( Ahmad Andrew)

Saya Cemburu Dengan 0rang Islam, ‘Sudah lama Rasanya Nak Solat

SHAH ALAM – “Sudah lama saya nak solat. Saya cemburu dengan orang Islam,” demikian luahan seorang mak ny4h yang kini diberi nama Ahmad Andrew selepas selesai memeluk agama Islam. Menerusi video berdurasi 2 minit 12 saat yang dikongsikan Facebook rasmi Pas Titiwangsa pada Rabu, Ahmad Andrew berkata, dia sudah lama mahu memeluk Islam namun malu meluahkan hasrat itu berikutan keadaannya pada waktu itu masih lagi seorang mak nyah.

Justeru, kedatangan ali Pas Kawasan Titiwangsa ke tempat kediamannya, di Flat Jalan Pekeliling baru-baru ini secara langsung membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam pada waktu itu. “Saya gembira sangat sebab dah lama saya nak belajar Islam. Saya takut nak pergi kelas agama sebab saya ni mak nyah.

“Saya juga t4kut sebab banyak kontr0versi orang-orang seperti kami. Nasib baik ALLAH beri hidayah, saya jumpa dengan ustaz,” katanya sambil menangis.

Yang Dipertua Pas Kawasan Titiwangsa, Suhaimi Aziz berkata, kehadirannya bersama Ahli Jawatankuasa Pas dan ahli-ahli Pas di situ bertujuan menghulurkan bantuan kepada m4ngsa banjir di ibu kota.

Tambahnya, ketika pihaknya sedang menghulurkan bantuan, tiba-tiba Ahmad Andrew datang kepadanya dan berhajat untuk memeluk Islam. Laungan takbir dari seluruh ahli Pas menyambut Ahmad Andrew ketika selesai lafaz syahadahnya sebagai lambang persaudaraan Muslim yang diikat atas aqidah Islam.

Suhaimi berkata, pihaknya akan membawa Ahmad Andrew ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Kuala Lumpur untuk langkah seterusnya

Sumber: https://www.sinarharian.com.my via trending101news

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*