Langsung Tak Rasa S4kit, Warga Emas Tak Sedar ‘Mengandung’ Bayi Batu Selama 35 Tahun

Langsung Tak Rasa S4kit, Warga Emas Tak Sedar ‘Mengandung’ Bayi Batu Selama 35 Tahun

Luar biasa, seorang wanita berusia 73 tahun di Algeria dilapor tidak sedar bahawa dia ‘membawa’ bayi di dalam perut selama beberapa dekad.

Memetik laporan The Sun, keadaan yang jarang berlaku itu dipanggil sebagai lithopedion atau ‘bayi batu’.

Difahamkan, janin yang seberat 4.5 paun dan berumur tujuh bulan itu berada di dalam perut wanita itu selama 35 tahun. Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan atau s4kit dan menikmati kualiti hidup yang baik sepanjang tempoh itu.

Wanita warga emas itu sebelum ini telah menjalani rawatan perubatan namun doktor tidak menemui bayi dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, lithopedion berlaku apabila kehamilan terbentuk di dalam perut dan bukannya di dalam rahim. Kehamilan itu akhirnya gagal kerana janin tidak mempunyai bekalan darah yang mencukupi dan badan tidak mempunyai cara untuk mengeluarkan janin itu.

Kesan daripada keadaan itu, janin tersebut akan mula mengeras menjadi seperti ‘batu’ dan ia menggunakan proses imun yang sama yang melindungi daripada sebarang objek asing yang dikesan dalam sistem seseorang.

Doktor di Pusat Perubatan Kes Hospital Universiti di Cleveland, Dr. Kim Garcsi berkata kalsifikasi tisu melindungi wanita itu daripada jangkitan. Ia juga menyebabkan bayi itu kekal dalam perut tanpa dapat dikesan selama beberapa dekad.

Kes ini bukan pertama kali berlaku di dunia kerana menurut kertas kajian dalam Journal of the Royal Society of Medicine pada tahun 1996 merekodkan 290 kes lithopedion pernah didokumentasikan oleh kesusasteraan perubatan.

Sumber: The Sun via siakapkeli.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*