[VIDEO] Helah yang mudah dan murah ini untuk membuatkan rumah anda berbau wangi

[VIDEO] Helah yang mudah dan murah ini untuk membuatkan rumah anda berbau wangi

Tanggapan pertama adalah amat penting apabila anda memasuki mana-mana rumah – adakah ia bersih, adakah ia berbau wangi? Tetapi sesetengah orang malahan memandang sangat serius akan perkara ini. Apabila anda melawat rumah mereka, anda pasti akan tertanya-tanya – bagaimana ia berbau seperti taman yang paling indah sepanjang masa?

Sudah tentu sekali, penyegar udara dan lilin wangi sintetik amat mudah untuk digunakan dan boleh menghasilkan bau yang agak kuat. Apa yang mungkin anda tidak tahu ialah, bahan-bahan dalam benda tersebut boleh menjadi berbahaya jika dihirup/dihidu terutamanya untuk jangka masa panjang. Pasti terdapat cara yang lebih bersifat semulajadi, selain meletakkan jambakan bunga di sekeliling rumah anda, bukan?

Jika anda pernah terdengar mengenai minyak pati sebelum ini, anda akan tertanya-tanya bagaimana untuk melakukan projek yang teramat mudah ini untuk menghasilkan penyegar udara organik anda sendiri!

Tiada cara yang lebih baik untuk kita mempunyai rumah yang berbau seperti taman bunga, selain daripada dispenser buatan-sendiri yang murah dan semulajadi ini dan tiada yang lebih mudah daripada membuat penyegar udara yang bebas-kimia dan murah ini untuk anda sendiri!

Ambil satu bekas mason berpenutup – atau apa-apa botol yang mempunyai bukaan yang besar. Anda juga akan memerlukan soda penaik dan minyak pati pilihan anda.

Video ini akan membantu anda untuk menghimpunkan dan menghasilkan kit pewangi rumah organik yang mudah dalam masa yang singkat. Pastikan anda menontonnya dan hantarkan helah ini kepada rakan-rakan anda jika anda gemarkannya!

VIDEO

Sumber: 5min-tricks

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*