Kes rog0l dan bvnuh kanak-kanak 7 tahun Hasini.

Kes rog0l dan bvnuh kanak-kanak 7 tahun Hasini. Sekadar berkongsi untuk yang belum tahu.

Pada 6 Febuari 2017 Hasini telah hilang dari apartment di Chennai Mugalivakkam dimana dia tinggal bersama keluarganya setelah dia ditinggalkan bermain bersama kawan-kawannya di taman sementara ibu dan bapanya pergi sekejap untuk membeli keperluan harian.

Setelah ibu dan bapanya pulang mereka menyedari Hasini tiada di taman apartment tersebut. Pencarian bermula dengan bertanya pada jiran-jiran jika ada ternampak Hasini,namun hampa Hasini tidak ditemui. Ibu bapanya bertindak membuat laporan polis pada hari yang sama.

Selepas beberapa hari pihak polis berjaya menemui. Myat Hasini didalam bag yang hampir rentung di kawasan hutan berhampiran lebuh raya di Anakaputhur Chennai. Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati Hasini telah dir0gol,dice.kik sehingga m4ti sebelum myatnya dibakar.

Pihak polis kemudian mula menyiasat jiran-jiran di apartment kompleks tersebut bagi membantu siasatan. Jiran-jiran memberikan kerjasama yang baik bagi membantu polis menangkap suspek,termasuklah S. Dhasvant yang merupakan jiran mangsa di apartment kompleks tersebut. Ada jiran yang melihat Hasini kali terakhir bersama si Dhasvant ni.

Sedikit tentang Dhasvant

Dia ni berumur 23 tahun ada ijazah kejuruteraan tetapi menganggur. Dia merupakan anak tunggal
dan tinggal bersama kedua orang tuanya di apartment kompleks yang sama dengan Hasini. Ikutkan dia ni ada rekod jenayah seperti mencuri,tapi setiap kali buat hal mesti mak ayah Dhasvant akan merayu kepada orang supaya jangan buat report polis tak nak rosakkan masa depan dia. Dia juga ada tabiat buruk seperti bermain jud! , minum ar4k dan lumba h4ram.

Dhasvant menjadi suspek utama selepas maklumat yang polis dapat dari jiran yang tinggal di apartment kompleks tersebut. Semasa di soal siasat macam-macam yang dia tipu untuk mengelirukan pihak polis. Antaranya hari Hasini hilang,Dhasvant tidak berada di kawasan apartment kerana menghadiri majlis kahwin kawannya.

Bila ditanya kawan yang mana nama apa,nombor telefon? Mulalah si Dhasvant putar belit kata dia ke kedai dan lain-lain lagi.

Melalui pemerhatian cctv di kawasan apartment kompleks tersebut,pihak polis ada melihat Hasini masuk ke bangunan apartment. Manakala Dhasvant dilihat membawa sebuah sebuah beg keluar dari kompleks pada waktu malam. Ujian DNA dijalankan keatas Dhasvant dan terbukti sama dari sampel yang di ambil dari myat Hasini.

Dhasvant kemudian dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan,oleh kerana kesilapan teknikal serta kelewatan polis dalam mengemukakan bahan bukti,Dhasvant dibenarkan diikat jamin. Mak ayah dia sebelum tu pun memang ada buat rayuan untuk ikat jamin tetapi ditolak berikutan Dhasvant yang tinggal berdekatan dengan rumah keluarga mangsa bimbang berlaku sesuatu yang tak disangka.

Selepas kedua orang tua Dhasvant bersusah payah mengumpul duit untuk bayar ikat jamin,akhirnya dia balik tinggal bersama mereka. Ikat jamin ni lah yang paling bapa Dhasvant akan kesalkan sepanjang hayat.

Pada 2 Disember 2017 bapa Dhasvant yang baru pulang dari kerja terkejut menemui myat isterinya berlumuran d4rah di dalam rumah mereka. Manakala Dhasvant tiada dan tidak dapat dihubungi. Hasil bantuan dari pemberi maklumat,pihak polis berjaya mengesan Dhasvant pada mulanya berada di Bengaluru,dari situ dia dibantu oleh 2 rakan yang dikenalinya semasa berada di penjara Puzhal untuk lari ke Mumbai.

Pihak polis kemudian meminta bantuan polis di Mumbai untuk mengesan Dhasvant dan dia berjaya ditangkap dan dibawa balik ke Chennai.

Semasa disoal siasat Dhasvant mengaku telah mer0gol Hasini dan mencek!k mangsa hingga m4ti ,kerana takut jiran-jiran mendengar tangisan kanak-kanak malang itu kemudian mengisi myat Hasini didalam bag dan dib4kar. Dia juga mengaku membvnuh ibunya dengan menggunakan tukul besi kerana semenjak dia dibebaskan dengan ikat jamin,ibunya sering memarahi Dhasvant kerana kerap meminta duit untuk bermain judi serta keperluan lain.

Berang dengan leteran ibunya Dhasvant bertindak mengambil tukul dan memukul wanita tua itu sehingga m4ti. Dengan bertemankan myat ibunya,Dhasvant menonton televisyen selama sejam. Kemudian dia mengambil 2 batang gelang tangan mas dan thali perkahwinan milik ibunya dan pergi meninggalkan rumah. Dia turut mengakui ingin membvnuh bapanya pada hari itu tetapi disebabkan bapanya pulang lewat dia terselamat.

Dhasvant dijatuhkan hukuman gantung sampai m4ti oleh mahkamah pada 2 Febuari 2018,tidak dapat dipastikan samada dia dah m4ti atau masih menunggu hari.

Ayah Dhasvant dalam 1 temu bual ada mengatakan ‘saya kehilangan isteri yang tercinta hanya kerana kesilapan membebaskan anak saya’.

sumber: kisah jalanan dotcom

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*