Kem4tian Yang Dicemburui, Sukarelawan Mening gal Dunia Ketika Bantu Misi Banjir

Kem4tian Yang Dicemburui, Sukarelawan Mening gal Dunia Ketika Bantu Misi Banjir

Pemergiannya bagaikan satu kem4tian yang sungguh dicemburui, apatah lagi dia ditakdirkan kembali menghadap Ilahi ketika di hari Jumaat yang penuh barakah.

Demikianlah perumpamaan bagi seorang sukarelawan yang dilaporkan mening gal dunia ketika sedang berbakti membantu misi banjir di Sepang hari ini.

Berita hiba tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohd Yusni Mat Piah menerusi laman Facebooknya.

“Mendapat khabar duka bahawa Tuan Ahmad Zaki bin Mahbar, Komandan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Mersing, merupakan salah seorang sukarelawan Khidmat Malaysia Negeri Johor mening gal dunia ketika bertugas dalam ‘ops banjir’ di Bukit Changgang Sepang.

“Beliau collapsed dan terus dibawa ke Hospital Daerah Banting. Diisytiharkan mening gal (dunia) di sana.

“Sangat besar pengorbanan beliau yang turut terlibat dalam operasi banjir bersama dengan anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia lainnya dari seluruh negara.

“Semoga diganjari dengan sebaik-baik ganjaran di sisi Allah SWT dan ditempatkan bersama para Syuhada,” katanya dalam perkongsian itu.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan roh orang-orang yang beriman. Salam takziah. Al-Fatihah.

Gambar: Mohd Yusni Mat Piah

Gambar: Mohd Yusni Mat Piah

Sumber: Fb Mohd Yusni Mat Piah via siakapkeli.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*