Armin Meiwes: Cari pasangan sejenis tapi niat membnuh

Armin Meiwes: Cari pasangan sejenis tapi niat membnuh

Kisah rakyat Jerman yang melakukan jenayah seram dan psiko, kes ini mengejutkan seluruh negara Jerman ketika itu. Ikuti kisah:

Psiko gila dia ni. Armin Meiwes merupakan satu nama yang tidak asing lagi di negara Jerman. Malah, nama ini juga sangat terkenal di sana kerana kekejaman pembnuhan yang dilakukan olehnya.

Armin Meiwes merupakan seorang bekas juruteknik komputer. Nama dia popular setelah membnuh dan memakan daging mangsanya pada tahun 2001.

Kisahnya bermula begini…

Pada tahun 2000, Armin didapati telah melayari sebuah laman web di “dark web” yang merupakan forum tentang para kanibal.

Armin pun tertarik dan terpengaruh dengan laman web tersebut. Dia ingin mencuba untuk menjadi kanibal dan merasai daging manusia juga.

Oleh itu, Armin pun memasuki satu lagi laman web iaitu “dating site” untuk para hormoseksual.

Dia “post” dalam laman web itu untuk mencari seorang pasangan yang sama jenis dan sebagai balasan dia akan bagi duit yang banyak.

Salah seorang lelaki yang bernama Bernard Brandez menerima tawaran itu dan pergi ke rumah Armin.

Ketika di rumah Armin, Armin terus memukul kepala Bernard menyebabkan si Bernard ini pengsan tidak sedarkan diri.

Armin kemudiannya memotong kem4luan Bernard lalu memasak kem4luan lelaki itu dengan tujuan untuk makannya.

Namun, disebabkan rasa tak sedap, Armin pun memberikan kem4luan si Bernard yang dia buat masak kicap itu kepada anjing peliharaannya.

Ketika itu, Bernard belum m4ti lagi. Armin pun bawa Bernard masuk ke dalam bilik air dan meletakkan Bernard di dalam tub mandi.

Armin juga menyuapkan Bernard alkohol serta 20 biji pil tidur. Armin kemudiannya membacakan buku cerita “Star Trek” kepada Bernard sementara menunggu si Bernard itu m4ti. Kira macam bed time story lah.

Setelah Bernard m4ti, Armin memotong tubuh Bernard menjadi ketulan-ketulan kecil lalu menyimpan di dalam “freezer” rumahnya.

Tulang-temulang Bernard pula Armin salutkan dengan tepung dan turut menyimpannya di dalam “freezer” juga.

Kemudian, Armin menggunakan modus operandi yang sama untuk mencari mangsanya yang lain pula. Malangnya, jiran Armin yang berasa curiga dengan tindakan Armin menelefon polis dan memaklumkan kepada pihak polis.

Pihak polis datang menyerbu rumah Armin dan menemui ketulan daging m4yat manusia serta tulang manusia di dalam “freezer” di rumahnya.

Armin ditahan dan meringkuk dalam penjara sehingga ke hari ini.

Oleh: Iskandar Zulfaqar via borakviral.life

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*