Menyayat Hati, Enam Ekor Zirafah Mati Terbaring Setelah Tersangkut Dalam Lumpur Ketika Kemarau

Menyayat Hati, Enam Ekor Zirafah Mati Terbaring Setelah Tersangkut Dalam Lumpur Ketika Kemarau

Gambar menyayat hati menunjukkan sekumpulan enam ekor zirafah terbaring m4ti selepas tersangkut dalam lumpur di Kenya, lapor Daily Mail.

Pakar dilaporkan memberi amaran kemarau yang dialami di negara Afrika boleh membvnuh 4,000 haiwan itu.

Menurut daripada laporan, gambar haiwan yang berbaring bersama dan tidak bernyawa itu diambil pada hari Jumaat di Konservansi Hidupan Liar Sabul di Wajir. Zirafah-zirafah itu dikatakan tersangkut dalam lumpur apabila cuba minum dari takungan berhampiran yang hampir kering.

Kredit : via Daily Mail

Bangkai haiwan-haiwan tersebut diklasifikasikan sebagai spesis terdedah, dilihat terbaring menelentang di atas tanah. Salah satu leher haiwan itu terbentang ke belakang dan terselit bawah zirafah yang lain.

Berdasarkan penelitian daripada gambar dari atas, zirafah-zirafah itu telah m4ti beberapa ketika dahulu apabila terlihat badannya menunjukkan tanda-tanda reput.

Kesemua bangkai haiwan itu dipindahkan ke lokasi di Sabuli, timur laut Kenya untuk mengelakkan berlakunya pencemaran pada air takungan.

Zirafah tersebut dipercayai sudah lemah akibat kebuluran dan kekurangan air minuman disebabkan kemarau teruk di rantau itu. Menurut sumber, rantau itu dikatakan hanya menerima kurang daripada satu pertiga daripada hujan biasa pada bulan September.

Kredit : via Daily Mail

Menurut bancian hidupan liar negara yang pertama, Kenya mempunyai populasi zirafah sebanyak 34, 240 ekor yang terdiri daripada tiga spesis haiwan itu.

Kemarau juga diisytiharkan sebagai bencana negara oleh presiden Kenya, Uhur Kenyatta pada September. Dianggarkan lebih dua juta rakyat Kenya menghadapi risiko kebuluran akibat musim kemarau.

Sumber : Daily Mail via sakapkeli.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*