Dipercayai Takut Masuk Ner4ka, Kisah Lelaki Minta Dikuburkan Dengan Duit, Untuk ‘Sogokkan’ Di Alam Sana

Dipercayai Takut Masuk Ner4ka, Kisah Lelaki Minta Dikuburkan Dengan Duit, Untuk ‘Sogokkan’ Di Alam Sana

Setiap yang hidup, pasti akan merasa kem4tian. Hanya menunggu giliran sahaja. Biasanya, seseorang yang hidup itu akan meninggalkan wasiat kepada keluarganya sebelum dia mening gal dunia.

Terdapat satu kisah unik dari negara Uganda yang menceritakan tentang seorang lelaki yang ingin dikebu mikan dengan wang miliknya.

Lelaki tersebut telah membuat wasiat supaya jen4zahnya dikebu mikan bersama wang tersebut sekiranya dia mening gal dunia.

Lelaki itu telah memberikan wasiat kem4tian tersebut kepada isterinya, yang meminta memasukkan wang bernilai USD 55,000 atau bersamaan dengan (RM 232017.50) di dalam kerandanya.

Lelaki tersebut dilaporkan telah mening gal dunia pada 17 Disember 2016.

Difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang ahli politik yang juga pelaku rasuah. Dia dilaporkan percaya bahawa dia boleh ‘merasuah’ di alam sana dengan hartanya supaya tidak masuk ke dalam ner4ka.

Malah, dia yakin bahawa wang tunai masih berguna dalam kehidupan seterusnya selepas kem4tian.

Lelaki itu berpendapat bahawa wang itu akan diberikan ketika ‘Hari Penghakiman’ sebagai persembahan supaya dosanya dapat diampuni.

Kemudian, setelah s4kitnya berpanjangan, beliau mening gal dunia dan dikebu mikan di rumahnya yang terletak di Kampung Adag-ani, Daerah Lira.

Bukan setakat duit, dalam kerandanya juga turut dimasukkan logam yang harganya dianggarkan lebih daripada USD 5 juta.

Walau bagaimanapun, setelah pengebumian tersebut menjadi kontroversi, kvbur lelaki itu terpaksa digali semula seminggu kemudian untuk membawa keluar wang tersebut.

Wang tunai yang dikebu mikan itu dilaporkan telah dikembalikan kepada keluarganya semula.

Sumber: Indo zone, Cord Magazine, Africa News via siakapkeli.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*