[Terkini] Tangisan seorang ibu,”Rehatlh Long kamu anak yang baik”

[Terkini] Tangisan seorang ibu,”Rehatlh Long kamu anak yang baik”

Shah Alam : Saya sempat berbual dengan abang kira-kira jam 10 malam tadi ketika dia pulang dari kerja dan bersiap-siap untuk keluar semula difahamkan bagi membantu rakannya yang mengalami kerosakan kereta di jalan raya,kata Muhamad Farhan R0lex.

Muhamad Farhan, 24, adik kepada Mohamad Rahimi Rolex, 27, iaitu seorang daripada 10 mangsa yang m4ut dalam kem4langan ngeri berhampiran kawasan Rehat & Rawat USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam di sini, malam tadi.

Dia berkata, bapanya, Rolex Shapiai memberitahu bahawa Mohamad Rahimi masih belum pulang meskipun waktu itu sudah 12.30 tengah malam.

Bapa cuba menghubungi telefon abang saya beberapa kali sehinggalah seorang individu yang tidak dikenali menjawab panggilan itu dan memberitahu keadaan yang menimpa beliau, katanya kepada Bernama di bilik mayat Hospital Shah Alam, di sini.

Muhamad Farhan berkata, sudah menjadi kebiasaan bagi abangnya yang juga mekanik menghulurkan bantuan kepada pemandu yang mengalami kerosakan kenderaan di jalan raya.

Bernama difahamkan rakan kepada Mohamad Rahimi yang meminta bantuan bagi membaiki kereta Perodua Axianya turut mengalami kecederaan iaitu patah kaki dalam nahas itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama di bilik mayat hospital itu mendapati suasana sugul menyelubungi ahli keluarga dan sahabat handai m4ngsa.

Selain Mohamad Rahimi, nahas membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler itu yang membabitkan 17 mangsa, turut mengorbankan seorang wanita dan lapan anaknya.Al fatihah.

Sumber: mediatular

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*