Tragis, 8 Kanak-Kanak Antara 10 Terkorban Dalam Kemalangan Babit Tiga Kereta, Sebuah Treler

Tragis, 8 Kanak-Kanak Antara 10 Terkorban Dalam Kemalangan Babit Tiga Kereta, Sebuah Treler

10 individu dilaporkan m4ut dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Elite menghala Shah Alam pada Jumaat, lapor Sinar Harian.

Menurut laporan, lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan masing-masing seorang lelaki serta perempuan dewasa antara mangsa yang dikenalpasti terkorban dalam nahas tersebut.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis memetik Sinar Harian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.42 malam.

“Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya serta dengan bantuan enam anggota dari BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelasnya, bomba mendapati berlaku kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah treler sejurus tiba di lokasi kejadian.

Gambar: Bernama

“Seramai 17 mangsa terbabit dalam kemalangan ini membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler,” tambahnya lagi.

Katanya lagi, seorang lelaki dewasa turut m4ut membabitkan sebuah Proton Wira, manakala sembilan m4ut terdiri daripada seorang perempuan dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan yang menaiki sebuah lagi Proton Wira.

“Seorang lelaki yang menaiki Perodua Axia patah kaki dan perempuan dewasa yang menaiki kenderaan sama cedera ringan sementara seorang pemandu treler dan dua kanak-kanak di dalam kenderaan itu terselamat,” katanya.

Ujar beliau, mangsa dikeluarkan dengan menggunakan alatan khas dan dibantu sebuah kren bagi mengangkat lori treler.

“Semua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi keseluruhan tamat pada jam 2.40 pagi Sabtu,” katanya lagi.

Gambar: Bernama

Gambar: Bernama

Gambar: Bernama

Sumber: Sinar Hrian, Bernama via siakapkeli.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*