Bayi Dilapor M4ut Digoncang Oleh Bapa Saudara, Didakwa Kerana Terganggu Bayi Itu Menangis Ketika ‘Layan’ Bola

Bayi Dilapor M4ut Digoncang Oleh Bapa Saudara, Didakwa Kerana Terganggu Bayi Itu Menangis Ketika ‘Layan’ Bola

Seorang bapa saudara yang membvnuh seorang bayi dengan menggoncangnya ketika dia menangis agar dapat menonton perlawanan bola sepak dipenjarakan selama 9 tahun.

Lelaki berusia 31 tahun tersebut telah membvnuh mangsa ketika ibunya keluar. Mereka tinggal di sebuah rumah yang sama di Coventry dan kejadian tersebut di laporkan berlaku pada 29 Jun 2018.

Mangsa ditinggalkan tidak bermaya selepas bapa saudaranya didakwa menggoncangkan tubuhnya untuk mendiamkannya supaya dia boleh menonton siaran perlawanan bola sepak dengan tenang, menurut mahkamah.

Bayi berusia tiga bulan itu menderita kecederaan kepala yang serius dan mening gal dunia dua hari kemudian di Hospital Kanak-Kanak Birmingham.

Ibu mangsa meminta bantuan adiknya untuk menjaga mangsa ketika dia pergi menghantar tiga orang anaknya ke sekolah. Sementara itu bapa mangsa turut berada di tempat kerjanya.

Ketika disoal di mahkamah, pelaku menafikan dengan keras bahawa dia menggoncang anak saudaranya itu.

“Bayi tersebut sedang tidur, tapi bila saya pergi memeriksanya dia mengalami sawan dan sesak nafas,” kata bapa saudara itu.

Walau bagaimanapun, keputusan post-moterm telah membuktikan bahawa bayi tersebut mening gal dunia akibat kecederaan otak yang parah di sebabkan oleh gegaran secara tidak sengaja di Coventry pada 29 Julai 2018.

Semasa perbicaraan berlansung, pelaku mendakwa bahawa anak saudaranya mungkin telah dicederakan oleh adik beradiknya yang lain. Dia turut menuduh datuk kepada anak saudaranya itu memberikan bantuan pernafasan dengan kasar kepada bayi tersebut.

Detektif Inspektor Michelle Allen turut mengatakan bahawa mangsa merupakan seorang bayi yang sihat dan gembira. Dia juga sangat disayangi oleh ahli keluarganya. Dan mereka sangat sedih dengan pemergian si kecil itu.

“Kes ini merupakan satu kes yang sangat sedih untuk disiasat dan memberikan pelbagai kesan kepada keluarga mangsa.

Tiada ibu bapa yang mahu kehilangan anak. Sekurang-kurangnya bukan kerana ahli keluarga sendiri lebih-lebih lagi apabila mereka diberikan kepercayaan untuk menjaga anak tersebut,” kata Detektif.

Pelaku telah di lepaskan dari tuduhan pembvnuhan (murder) tetapi di dapati bersalah atas kesalahan membvnuh (manslaughter) dan dipenjarakan selama sembilan tahun di Mahkamah Warwick Crown.

Sumber: The Sun

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*