Warisan Rawatan Bek4m Dan Manfaat Rawatan Bek4m Dlm Islam

WARISAN RAWATAN BEK4M DAN MANFAAT RAWATAN BEK4M DALAM ISLAM

APAKAH ITU BEKAM?

TR4DISI bekam bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. dan ia merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang paling unik.

Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud pelepasan angin dalam badan atau pelepasan Oksidan @ Radikal Bebas dari badan manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai Al-Hijamah iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.

Ia menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Bersesuaian dengan perubahan zaman, teknologi bekam menggunakan alat vakum moden yang bersih dan suci hama.

Sejarah juga menunjukkan, kaedah bekam telah diamalkan lebih daripada 2,000 tahun lalu dengan menggunakan cawan bekam yang diperbuat daripada tembaga dan digunakan secara meluas sejak dahulu lagi. Begitu juga pada tamadun Rom, mereka menggunakan cawan tembaga reka bentuk zaman Rom dengan liang di bahagian bawah bertindak sebagai injap.

Malah t0koh perubatan tersohor dunia, Ibnu Sina (980-1037) turut mengamalkan bekam atau hijamah. Keistimewaan perubatan ini menular hingga ke beberapa negara seperti China, Palestin, Jerman dan negara-negara Eropah.

Daripada Anas bin Malik katanya, Baginda bersabda bermaksud: Bahawa tidak aku berlalu (berjalan) di malam Israk dengan malaikat melainkan mereka berkata, `Wahai Muhammad perintahkan ke atas umat engkau dengan berbekam.

Pr0ses bekam akan berjalan dalam empat peringkat bermula dengan rawatan asas, memulihkan sakit, mengekalkan dan memelihara kesihatan.

10 titik bekam sunnah Rasullah.

PATUHI 10 TITIK BEKAM

Terdapat 10 titik bekam tradisional mengikut sunnah pada seluruh tubuh tetapi boleh lebih banyak mengikut mengikut masalah yang dihadapi berdasarkan keperluan setiap individu.

Biarpun titik bekam boleh dilakukan seluruh tubuh, namun beliau berkata, rawatan itu tidak boleh dilakukan terlalu banyak untuk satu sesi.

Pesakit disaran melakukannya pada kuantiti lima hingga 10 cawan untuk satu sesi rawatan. Pesakit juga dinasihat mengambil vaksin terlebih dulu sebelum melakukan prosedur berkenaan.

Jumlah darah yang keluar dari tubuh juga tidak boleh terlalu banyak. Dianggarkan antara 50 hingga 60 milliliter (ml) sekali rawatan kerana bimbang boleh memudaratkan kesihatan.

Selain lebam dan luka mengambil masa lama sembuh, kesan lebih buruk yang tidak diingini boleh berlaku selepas prosedur bekam ialah penyakit hepatitis B dan C serta HIV yang merebak melalui darah. Pastikan pusat rawatan mematuhi amalan standard bagi mengelak kemungkinan berlaku jangkitan.

Lebih membimbangkan sekiranya pesakit dalam keadaan yang tidak bersedia atau cergas untuk bekam, selain risiko menyebabkan kematian, Namun setakat ini, tiada laporan dan tidak pernah berlaku kematian kerana bekam.

INFO: Berbekam mengikut prosedur

  • Segelintir masyarakat di negara melakukan bekam terhadap anak kecil seawal usia tiga atau empat tahun. Anak terlalu kecil tidak sesuai kerana sistem antibodi masih kuat.
  • Standard prosedur BCS menetapkan had usia 16 tahun bagi individu yang layak berbekam.
  • Disarankan mengehadkan usia boleh mula bekam pada usia 12 tahun kerana lebih fleksible.
  • Pada usia berkenaan individu boleh memahami fungsi bekam dan mudah memberi kerjasama sepenuhnya. Syarat tertakluk kepada kebenaran ibu bapa dan penjaga.

Panduan asas berbekam

Sebelum bekam

  • Digalak berpuasa, bergantung kepada keadaan – bimbang letih asalkan tidak memudaratkan kesihatan pesakit.
  • Ambil makanan ringan. jarakkan tempoh dua jam sebelum berbekam.
  • Elak minuman manis Selepas bekam
  • Elak aktiviti lasak
  • Elak terus mandi sejurus selepas berbekam.
  • Jarakkan antara dua jam atau mandi keesokan hari.
  • Elak melakukan hubungan kelamin dalam tempoh 24 jam

Sumber BH online via nasihatmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*