PATUT DAP4T ‘DATUK’. RUPA-RUPANYA PELAW4K HAMID GURKHA BUK4N 0RANG SEMBARANG4N.

RUPA-RUPANYA PELAW4K HAMID GURKHA BUK4N 0RANG SEMBARANG4N. PATUT DAP4T ‘DATUK’

Penganugerahan buat penggiat seni tanah air kita bukanlah sesuatu yang baru berlaku. Sebelum ini sudah ramai golongan artis atau selebriti tanah air mahupun luar negara mendapat gelaran “Datuk” atau “Dato” yang dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu.

Tidak hairanlah antara mereka mendapat gelaran sebegitu jika ianya layak dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

Baru-baru ini beberapa orang penggiat seni tanah air mendapat anugerah yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Antara yang menerimanya adalah pelakon Eizlan Yusof yang menerima gelaran ‘Datuk Seri’. Manakala pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra pula telah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran ‘Datuk’.

Namun, ramai yang mempersoal pengurniaan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) kepada beberapa insan seni itu.

Ada yang mula mempertikai apakah sumbangan besar kedua-dua pelakon ini dalam industri seni tanah air sehinggakan dianugerah darjah kebesaran berkenaan?

Ramai yang melihat dari konteks mengharumkan industri seni, jujurnya skor yang boleh diberikan adalah ‘sedikit’ berbanding pelakon-pelakon veteran yang telah lama berkecimpung dalam industri seni hiburan ini.

Abdul Hamid Abdul Rahman, pasti ramai yang tidak mengenali siapakah empunya pemilik nama ini.

Namun, jika disebut Hamid Gurkha atau ‘Pak Hamid’, pasti ramai yang mengenali insan bertubuh kecil dengan loghat Negeri Sembilan yang pekat ini.

Pelakon vetaran yang kini mencecah usia 86 tahun ini sememangnya sangat dikenali ramai kerana lakonannya yang penuh jenaka dan sangat menghiburkan.

Rasanya tidak keterl@luan menggelar beliau antara ‘otai lawak’ paling berpengaruh di Malaysia.

Antara filem-filem yang menjadikan beliau sering mendapat perhatian penonton adalah Main-Main Hantu, Sikit Punya Gila, Konstabel Mamat, Gila-Gila, Alamak Toyol, Jiwa Kacau dan Zombie Kampung Pisang.

Pak Hamid pernah terkenal dengan filem Sikit Punya Gila pada tahun 1982 gandingan bersama Dharma Harun Al-Rashid dan Ragam Pemandu (1989) bersama Aznah Hamid.

Pada sekitar tahun 1970-an juga, dia pernah menerbitkan album sketsa lawak jenaka bersama rakan duetnya, Datuk Jamali Shadat dan menghasilkan beberapa buah album seperti Manaku Tada Mengaku, Dodol dan Ujian Memandu.

Namun, ramai yang tidak tahu kisah mengenai Pak Hamid ini. Tahukah anda? Ketika negara masih di bawah penjajah, beliau memilih untuk menyertai pasukan tentera (RAMD – Rejimen Askar Melayu DiRaja) selama tujuh tahun, bermula pada tahun 1950.

Beliau masih terkenang lagi bagaimana peristiwa di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sewaktu balai polis di bukit itu telah diserang 180 pengganas komunis.

Ketika itu beliau bersama pasukannya ingin menghulurkan bantuan, namun tidak kesampaian ekoran laluan perhubungan antara mereka telah dipotong oleh komunis.

Sehinggalah ke hari ini setelah lebih puluhan tahun bergiat dalam dunia seni, beliau masih tidak boleh melupakan persitiwa itu yang mana hanya mereka yang berada di waktu itu sahaja memahami kesusahan dijajah orang luar.

Jika dihitung, banyak jasa Pak Hamid dalam keselamatan negara dan dunia hiburan. Tapi sampai sekarang beliau tidak mendapat gelaran Datuk. Tapi beliau merupakan penerima Pingat Jasa Malaysia! Bangga kami sebagai anak Malaysia!

Bebas Penyakit, Hamid Gurkha Jaga Makan Sejak 40 Tahun, Hamid Gurkha mendedahkan dia mula menjaga pemakanan sehariannya sejak berusia 40 tahun lalu sebagai salah satu usaha untuk mengelak daripada terkena penyakit-penyakit berbahaya.

Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman, 86, berkata, berkat amalannya itu sehingga kini dia tidak mempunyai sebarang penyakit kronik dan bersyukur diberi kesihatan baik oleh Tuhan.

“Sejak 40 tahun lalu saya tidak mengambil makanan laut dan jarang makan ayam dan daging. Jika ada pun pada waktu-waktu tertentu sahaja seperti menghadiri kenduri dan Hari Raya.

“Minuman bergas dan berais juga saya elakkan. Saya berpantang dalam pemakanan kerana ingin mengelak daripada terkena penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung.

“Alhamdulillah pada usia kini saya bebas daripada sebarang penyakit tetapi biasalah orang tua kadang-kadang sakit sendi dan pening,” katanya.

Kata Pak Hamid, dia lebih gemar menikmati makanan berasaskan ikan selain sup dan sayur-sayuran termasuk mengamalkan meminum air suam sebagai diet hariannya.

Pak Hamid turut memberitahu, pada usianya sekarang dia masih mampu memandu kereta untuk ke mana-mana termasuklah ke lokasi penggambaran drama atau filem tanpa bantuan sesiapa.

Jelas Pak Hamid, dia pernah memandu ke Perak dan Kedah seorang diri untuk ke lokasi penggambaran kerana enggan menyusahkan sesiapa termasuk anak-anaknya.

“Alhamdulillah masih boleh memandu dan mata pun tiada masalah jika terpaksa bawa kereta pada waktu malam, senang tidak payah menyusahkan sesiapa untuk ke mana-mana.

“Memandu juga sebagai salah satu cara untuk kita kekal aktif dan sentiasa bergerak,” jelasnya.

Sementara itu, dia juga bersyukur pada usianya sekarang masih ada pengarah dan penerbit yang mempercayai bakat lakonannya dan terus menawarkannya peranan dalam drama atau filem terbitan mereka.

Menerusi duit lakonan yang diperolehinya ia dapat digunakan untuk membeli ubat atau pun digunakan pada waktu-waktu kecemasan.

“Selagi kudrat terdaya saya akan terus berlakon seperti biasa dan Alhamdulillah tawaran itu sentiasa ada,” katanya.

Apa-apa pun kami doakan supaya Pak Hamid terus aktif dalam dunia lakonan sehingga hujung hayat. Kami juga doakan supaya Pak Hamid sentiasa sihat walafiat. Amin.

sumbER:blogammar via maibaca.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*