Lelaki Kongsi Washing & Dryer Machine Terbaik, Jimat Air, Elektrik Dan Tahan Sampai 10 Tahun

Lelaki Kongsi Washing & Dryer Machine Terbaik, Jimat Air, Elektrik Dan Tahan Sampai 10 Tahun

Ini kisah aku! dryer atau pengering pakaian ni adalah antara investment aku yang paling berbaloi.

Beli lama dah tahun 2011 dulu. Dah lenjan lebih 10 tahun tapi masih elok. Tak pernah meragam sedikit pun. Masuk baju basah, keluarnya baju kering. Itulah rutin dia tiap hari.

Paling best dia jimat elektrik.

Kau tahulah kan, benda yang ada pemanas ni makan karan kuat kemain. Kalau nak jimat kena cari model yang guna teknologi inverter.

Aku ingat lama dulu tahun 2004 tak silap aku, ada dapat satu waktu masuk rumah baru dapat dryer cap ayam. Ya tuhan, dah lah bising yakmat, gedung gedang gedung gedang bunyi waktu dia berpusing tu. Sakit jiwa weh, dah ler lama kemain, 3 jam tak kering lagi, dan paling parah bil letrik lah. Pakai sebulan jer kot terus stop.

Tahun 2011 terus beli Bosch. Mahal kemain lah pulak, tapi berbaloi lah. Washing machine jenis front loading ni kan ada air panas, guna air jimat dan elektrik dia pun jimat gila.

Dryer dia tu pun bunyi manja jer. Takdelah sakit hati aku dengar. Biasanya ambil masa antar 15 minit sehingga 1 jam setengah, tengok berapa banyak pakaian.

Kita set nak kering macam mana. Nak macam baru lepas iron ke, nak lipat masuk almari ke nak macam-macam lah dan tak perlu set timer bagai. Dia keringkan sendiri, kalau dah kering dia sendiri stop dan bagitau kau yang baju dah kering.

Dia ada sensor untuk tahu baju tu dah kering, so tak perlulah dia terus berpusing lagi, jimat letrik. Dah selesai dia pun bunyi teet teet teet teet dia nak habaq baju dah kering.

Sejak jadi bapa tunggal dengan 3 anak kecil yang banyak kemain baju aku nak kena basuh, dryer tu adalah benda atau nikmat yang paling aku syukuri.

Anytime aku boleh basuh baju dan anytime aku boleh keringkan.

Bangun subuh pun sempat basuh baju dan keringkan sebelum pergi kerja okeh. Biasanya uniform sekolah anak yang aku terlupa basuh maka masih sempat basuh dan keringkan dalam tempoh sejam yang ada.

So, para suami sekalian, kau belilah satu letak kat rumah yer. Tak perlu yang mahal, yang murah dan berkualiti banyak jer sekarang ni.

Pengering dan basuh jenama Bosch

Sesungguhnya banyak beban tugas dalam rumah kau akan diringankan bila ada benda alah ni. Kalau kau taknak beli takpe, make sure kau take over dan rajin buat kerja basuh baju dan jemur baju dan angkat baju bila hujan yer.

Kalau lagi nak bini sayang, kau lipat sekali.

Barulah level maulana.

Sekian.

Kredit: khairul abdullah via borakviral.life

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*