Pegawai bomba parah dalam letupan mening gal dunia

Pegawai bomba parah dalam letupan mening gal dunia

Allahyarham, PB Mohd.Firdaus Sulaiman dari BBP Bandar Baru, Segamat meninggal dunia di Hospital Segamat ketika menerima rawatan kibat kecederaan dalam usaha memadam kebakaran di Kilang Habuk Papan, di Segamat, Sabtu lalu.

Allahyarham, PB Mohd.Firdaus Sulaiman dari BBP Bandar Baru, Segamat mening gal dunia di Hospital Segamat ketika menerima rawatan kibat kecederaan dalam usaha memadam kebakaran di Kilang Habuk Papan, di Segamat, Sabtu lalu.

Anggota bomba meninggal dunia selepas parah dalam letupan | Suara Merdeka

SEGAMAT: Pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat yang cedera pa rah akibat terkena letu pan ketika operasi memadam kebakaran kilang Sabtu lalu mening gal dunia pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail, berkata Pegawai Bomba (PB) Mohd Firdaus Sulaiman, 32, mening gal dunia pada jam 4.15 pagi di Hospital Segamat.

“Jena zah akan dikebumikan di Tanah Perku buran Islam Jalan Sikamat, Negeri Sembilan

“Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan buat seluruh pasukan balai bomba ini dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor amnya.

“Beliau adalah seorang pegawai yang baik, berdisiplin dan bertanggungjawab. Seluruh keluarga JBPM menyanjung tinggi jasa kerana sehingga saat-saat terakhir beliau masih setia menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Allahyarham yang berkhidmat di balai bomba berkenaan sejak 2013, meninggalkan seorang isteri, Nurul Jannah Abd Hamid Khan, 29, dan anak perempuan Aisy Alisha Mohd Firdaus, 3.

Dalam kejadian jam 10 pagi Sabtu lalu, seorang pegawai bomba dan seorang anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang cedera parah, manakala seorang lagi pegawai bomba melecur akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu.

Anggota ERT kilang yang parah dikenali sebagai Mohamad Azuraini Mahrani, 40, manakala pegawai bomba yang melecur adalah Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP) Syed Putra Syed Mohd Al Atas, 52.

Kesan letupan menyebabkan Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini yang berada di tingkat tiga tercampak kira-kira 10 meter ke tingkat bawah manakala Syed Putra yang berada di tingkat bawah melecur di belakang kepala selepas terkena bahang letupan.

Akibat kejadian itu Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat, manakala Syed Putra menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.

sumber: bharian.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*