Jangan Mulakan Perniagaan Dengan Hutang, Pelabur Hartanah Jelaskan Sebabnya

Jangan Mulakan Perniagaan Dengan Hutang, Pelabur Hartanah Jelaskan Sebabnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semakin hari semakin ramai usahawan yang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Tambahan pula di zaman perniagaan atas talian seperti sekarang.

Terdapat seribu satu petua memulakan perniagaan yang sering kita nampak di internet. Malah tak sedikit juga seminar-seminar yang dianjurkan para usahawan berjaya untuk membakar semangat, sekaligus memberi panduan kepada mereka yang berniat menceburkan diri dalam dunia keusahawanan.

Namun tak dinafikan, memulakan perniagaan bukanlah perkara mudah, baik yang berniaga secara kecil-kecilan atau membuka syarikat sendiri. Kekangan modal menjadi salah satu cabaran untuk para usahawan ini memulakan sesuatu perniagaan. Maka tak sedikit usahawan yang baru bertapak di dunia perniagaan memilih membuat pinjaman untuk dijadikan modal atau bahasa mudahnya, hutang.

Terpanggil untuk berkongsi tentang hutang untuk mulakan perniagaan ini, ikon pelaburan hartanah, Dr Azizul Ahmad melalui laman Facebook miliknya tampil memberi pandangan. Ikuti perkongsian Dr Azizul di bawah ini.

“Jangan mula perniagaan dengan hutang”

Mulakan niaga dengan hutang? Saya dah banyak kali tulis bab ini.

1. Jangan mulakan apa apa perniagaan atau usaha dengan hutang untuk jana pendapatan sekarang. Teori ini pernah diajar di universiti dalam rancangan perniagaan dan saya tentang.

2. Tahun pertama perniagaan 76 peratus orang tutup perniagaan dan tahun ketiga 97.6 peratus orang berniaga biasanya bungkus terus. Hanya 2.4 peratus yang berjaya harungi perniagaan.

4 Cara Untuk Menguruskan Hutang - Pinjaman Peribadi Kuala Lumpur & Selangor

Gambar via Google

3. Tak semua orang ada bakat niaga, tak semua. Kau cucilah kolam jiwa sampai bersih, kalau tak ada bakat niaga. Tetap susah jalannya. Apatah lagi orang yang selesa makan gaji. Konsep survival mereka jauh berbeza.

4. Model perniagaan yang buat loan, beli barang buat bisnes ini pada saya dah ‘mati’. Masih ingat cerita koset ramping kena buat loan RM19 ribu dapat 20 korset dulu? Tak ingat baca paling pos lepas saya.

5. Zaman ini nak jana duit boleh jadi ejen affiliated atau dropship free pun banyak. Tak perlu buat loan bagai untuk buat bisnes.

6. Istilah ‘bisnes’ nampak exclusive pada mata orang biasa. Bisnes itu perlukan modal besar baru berjaya dan kaya. Hakikatnya banyak bisnes tanpa modal tetap boleh kaya dan berjaya.

7. Mulakan dengan apa yang ada ditangan sahaja, “Rosmah, aku ada RM500 jer. Apa bisnes aku boleh mula?” sebaiknya begitu.

Kawan-kawan, jika ada kawan kawan yang suruh kita buat loan, cari lagi lima orang untuk sama sama join bisnes model begini. Percayalah, dia akan jadi kawan yang kita benci nantinya. Selamat datang ke Dunia Tipu Tipu dik, moga kaya dan berjaya doa kami semua.

Sumber: Dr Azizul Ahmad via siakapkeli.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*