Misteri Buffa di Perrero, ‘Rumah Paling Sunyi di Dunia’ Yang Tertanam Di Tepi Banjaran Terpencil

Misteri Buffa di Perrero, ‘Rumah Paling Sunyi di Dunia’ Yang Tertanam Di Tepi Banjaran Terpencil

Kita semua pernah berfikir nak tinggal di satu kawasan yang jauh, sunyi daripada kebisingan dan jiran yang menjengkelkan. Namun, terdapat satu tempat yang menepati ciri tersebut, iaitu salah satunya di Buffa di Perrero.

Digelar sebagai ‘rumah paling sunyi di dunia’, Buffa di Perrero dipercayai terletak tinggi di Monte Cristallo di Pergunungan Dolomite. Reka struktur rumah tersebut dikatakan ‘tertanam’ pada permukaan batu. Kewujudan rumah tersebut telah membingungkan orang ramai selama beberapa dekad lalu.

Kredit : India Times

Pembinaan yang berdindingkan bata, bumbung yang senget, empat tingkat berbingkai dan mempunyai satu set kerusi perkhemahan. Pada mulanya, rumah tersebut menyebabkan ramai orang bingung bagaimana bahan binaan dan objek dibawa naik dan dibina.

Apa yang lebih mengejutkan adalah pada hakikatnya rumah tersebut dipercayai telah dibina lebih daripada 100 tahun yang lalu semasa Perang Dunia Pertama lagi.

Berdasarkan laporan The Sun, askar Itali pada waktu itu telah membina rumah tersebut sebagai tempat perlindungan untuk berehat ketika berperang dengan tentera Austro-Hungary yang merentasi kawasan berceranggah.

Mereka dikatakan telah mencipta tempat tersebut untuk dijadikan sebagai ruangan rehat, tempat simpanan barang dan tempat yang strategik untuk memerhati musuh.

Cara-cara untuk mengakses struktur unik ini adalah dengan menggunakan tangga tali dan kereta kabel. Cara lain adalah dengan melalui denai gunung yang berbahaya dan hanya yang berani sahaja yang sanggup merentas jalan itu.

Kredit : India Times

Ada seorang penjelajah telah memberi amaran kepada sesiapa yang melalui laluan itu, sebahagian daripada Via Ferrata Ivano Dibona memerlukan tahap kecergasan yang tinggi untuk mendaki.

Via Ferrata dalam bahasa Itali bermaksud ‘laluan besi’ yang dipasang dengan tangga keluli, anak tangga dan kabel telah dibina ke dalam gunung untuk digunakan oleh para rambler untuk mengemudi bahagian yang sukar.

Walaupun kini tempat itu masih tidak boleh digunakan lagi, tetapi Buffa di perrero masih menawarkan sudut permandangan yang mengagumkan dari julat Dolomit.

Sumber : India Times via siakapkeli.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*