Tempah kubur sehari sebelum meningg4l dunia

Tempah kub0r sehari sebelum meningg4l dunia

Segamat: Tempah kub0r sehari sebelum meninggal dunia. Itu antara pengalaman terpahat dalam ingatan Najib Teh, 55, penggali kub0r di Tanah Perkub0ran Islam Kampung Berata, di sini.

Bapa tujuh anak itu yang turut menerima tempahan batu nisan berkata, biarpun peristiwa itu sudah beberapa tahun berlalu, dia masih lagi mengingatinya sehingga hari ini.

Mengimbau kisah itu, Najib berkata, ketika itu dia dan seorang pembantu baru selesai menggali sebuah kub0r apabila didatangi lelaki berusia awal 60-an terbabit sambil bertanya siapa pemilik liang lahad berkenaan.

“Kami maklumkan hanya buat persediaan jika ada kem4tian, akan memudahkan pengurusan pengebumian. Dia kemudian berkata mahu menempah kubur itu. Katanya lagi ‘rasanya tak lama lagi nak kena baring dalam tu’.

“Keesokannya, warisnya datang dan memaklumkan lelaki itu sudah meninggal dunia selepas memberi salam rakaat terakhir solat Zuhur.

“Menurut warisnya, lelaki itu selalu berdoa meminta petunjuk awal kem4tiannya,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Berata, hari ini.

Najib menyediakan khidmat menggali kubur dan pembuatan batu nisan sebagai pendapatan sampingan sejak 28 tahun lalu sambil dibantu anak, Mohamad Fakaruddin, 31, dan Mohamad Mursyidul Amin, 25, bersama enam pembantu.

Katanya, ada juga batu nisan yang diletakkan di kub0r hilang keesokannya, ada waris menziarahi kub0r pada tengah malam atau awal pagi kerana terlalu rindukan arwah ibu bapa atau ahli keluarga dan ada juga bersedekah batu nisan buat mereka yang kurang berkemampuan.

“Saya bukan mengejar laba, tetapi kepuasan diri dapat membantu memudahkan urusan waris si m4ti, selain memberi saya peluang untuk sentiasa mengingati kem4tian serta lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT,” katanya.

Sumber : Harian Metro via newspush24.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*