(video) Buang Sampah Dgn Skill Tersendiri, Budak ini Bikin Netizen Kagum

(video) Buang Sampah Dgn Skill Tersendiri, Budak ini Bikin Netizen Kagum

Setiap orang pastinya mempunyai kelebihan dan skill tersendiri. Contohnya adalah seperti video berkenaan tindakan seorang budak lelaki sedang membuang sampah dengan cara tersendiri.

Video tersebut memaparkan seorang budak lelaki memasukkan sampah ke dalam tong sampah dengan menggunakan ‘teknik’ yang luar daripada kebiasaan.

Lebih menghiburkan lagi, video tersebut telah disunting bersama dengan lagu tema daripada filem adiwira terkenal iaitu The Avengers. Ianya menjadi lucu kerana, budak lelaki itu seolah-olah mempunyai ‘kelebihan’ yang luar biasa berdasarkan caranya memasukkan sampah tersebut.

Video tersebut lantas telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 504 ribu kali.

Menerusi rakaman yang kembali tular setelah dikongsikan di laman Twitter, budak tersebut dilihat melambung terlebih dahulu bungkusan plastik sebelum membuka penutup tong sampah. Bungkusan tersebut yang melambung di udara terus jatuh tepat memasuki tong tersebut.

Ramai warganet yang berasa geli hati dan terkesima dengan ‘teknik yang digunakan budak lelaki itu.

Sumber: Twitter, siakapkeli via kalamindah.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*